Rahsia Minyak Muka The Body Shop Oils of Life

Minyak muka dengan tekstur ringan yang meresap mudah disapuan wajah, Oils Of Life Intensely Revitalising Facial Oil, produk terbaru ilham The Body Shop ini menawarkan minyak benih tulen dari bahan semulajadi yang memberi nafas baru terhadap wajah anda. Kandungan rahsia tiga bahan utama menjadi senjata istimewa yang menjanjikan lagi kesucian sempurna buat wajah anda!

Jintan Hitam
Juga dikenali sebagai ‘benih berkat’, minyak benih jintan hitam cukup terkenal di negara Timur Tengah hinggakan ianya turut digunakan dalam perubatan. Dikhabarkan penggunaan jintan hitam telah mula diamalkan secara tradisional sejak 2000 tahun lalu di Mesir, tidak hairanlah bahawa ia digelar sebagai antara khazanah alam semula jadi yang begitu berharga! Kini menerusi inovasi teknologi terkini, The Body Shop menerapkan bahan ini ke dalam Oils Of Life yang sudah pasti mampu menyuntik lagi keserian wajah.

Camelia
Minyak benih camelia merupakan antara ramuan terkini yang digunakan dalam produk kecantikan mewah. Diekstrak daripada biji pokok teh, minyak ini punya nilai komersial yang tinggi di Tanah Besar China. Pengunaan yang meluas dari minyak masakan ke kecantikan hingga perubatan, kehebatan camelia tidak perlu disangkal lagi! Antaranya bertindak sebagai pelembap serta ejen anti penuaan, yang juga merupakan sebahagian daripada azimat hebat ditawarkan Oils of Life.

Rosehip
Sarat dengan Vitamin C, rosehip merupakan buah kepada tumbuhan bunga mawar yang kebiasaannya berona oren kemerahan. Kandungan Vitamin C rosehip dikatakan melebihi 50% daripada buahan oren, lantas menjadikannya ramuan berharga yang boleh dimakan mentah serta sebagai resipi bernilai dalam produk penjagaan wajah. Antara khasiatnya adalah menjana sel-sel kulit baru serta melembap. Selain itu, ianya turut kaya dengan Vitamin A yang punya manfaat luar biasa buat kulit wajah. Memperakui kehebatan minyak benih rosehip, The Body Shop terbang ke Chile bagi merevolusikan bahan ini ke dalam minyak muka Oils of Life lantas menggabungkannya bersama dua bahan lain, menjanjikan sesuatu yang inovatif dan terunggul untuk penggunanya!
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
