Raikan Tahun Baru Cina Dengan Kemegahan Lancôme di Pavilion KL!
Lazim dengan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina saban tahun, kali ini Lancôme tampil dengan tarikan terbaru mereka di Pavilion KL.

Menerima ang pao, kelibat rona merah di mana jua anda pusing dan letupan bunga api dan mercun adalah antara perkara yang biasa buat kita yang membesar dalam masyarakat majmuk acap kali Tahun Baru Cina menjelang. Legasi dan tradisi ini berkekalan sejak dahulu hingga kini dan kali ini Lancôme mempunyai pendekatan terbaru dan lebih megah.
Memulakan tahun baru dengan langkah kanan Lancôme bakal mempersembahkan kempen terbesar mereka untuk 2019. Melibatkan semua penduduk Malaysia, kempen Lancôme World of Wishes merupakan kolaborasi pertama jenama kecantikan ikonik ini bersama pusat beli belah pilihan ramai Pavilion KL.
Dalam tempoh 44 hari, bermula 7 Januari hingga 19 Februari 2019, dua tanglung besar dilengkapi tingkap pemandangan kota Paris dan Shanghai menghiasi perkarangan Pavilion KL. Mereka juga menyediakan play area bagi anda yang inginkan konsultasi perihal kulit anda atau mencuba produk-produk mekap Lancôme. Semua servis yang ditawarkan Lancôme untuk kempen ini memastikan pengunjung dapat merasai servis yang penuh interaktif dan integrasi.

Sepanjang kempen ini berlangsung, hadiah istimewa buat pengunjung bakal diberikan setiap hari dan mengalakkan pengunjung untuk “Wish Big” dan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut. Setiap wish yang dibuat akan dipaparkan secara langsung pada panel digital yang disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah utama yakni percutian ke Paris dengan melayari laman sesawang rasmi Lancôme untuk butiran selanjutnya.
Sempena Tahun Baru Cina ini juga Lancôme telah melancarkan rekaan edisi terhad untuk produk utama mereka Advanced Genefique dan L’Absolu Rouge dalam rona #290 dan #118. Make your way to Pavilion KL now, people!

Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
