Rawat Kulit Sebelah Malam

Oleh: Amira Azman

 
Editor's Pick 2016 (WEB)2
 
Pastinya kita tidak mahu kelihatan tua sebelum usia. Rawat dan cegah selagi mampu dengan krim pemulih, Dermalogica AGE Smart Overnight Retinol Repair untuk mengembalikan raut wajah cantik.
 
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh kulit wajah kadang-kala tidak menyedarkan kita bahawa ianya adalah berpunca daripada pencemaran yang terdapat disekeliling kita. Ini kerana permukaan wajah hampir setiap hari terdedah kepada pencemaran debu, asap dan kotoran yang terlalu banyak.
 
Dan kini sudah tiba masanya untuk memulih serta mengembalikan kulit lebih lembut dan bersih serta bebas cela. Kuasa bahan yang dipanggil mikrokapsul retinol aktif tulen di dalam krim pemulih ini mampu meningkatkan penghasilan kolagen serta perolehan sel pada kulit.
 
Retinol ini juga cukup popular dengan manfaatnya terutama sekali buat masalah penuaan. Retinol yang merupakan nama lain bagi istilah Vitamin A ini juga berkebolehan memperbaharui sel kulit dan mengawal tanda penuaan.
 
Manakala kandungan antioksida Vitamin C di dalam krim ini mampu mengembalikan tona kulit wajah yang lebih sekata.
 
Krim pemulih oleh Dermalogica ini juga diformulakan daripada bahan aktif seperti peptide iaitu Peptide Palmitoyl Tripeptide-5 untuk mempertingkatkan jumlah kolagen dan merawat garis halus seterusnya menegangkan lagi kulit wajah anda.
 
Hadir di dalam sebuah bungkusan yang disertakan sekali bersama Dermalogica Buffer Cream yang berfungsi untuk melembap serta menyeimbangkan impak kuat yang dimiliki Retinol daripada krim pemulih terhadap kulit.
 
Cara yang sesuai untuk menggunakan krim ini adalah dengan mengaplikasikannya di sebelah malam tanpa mengoles sebarang produk pemulih yang lain. Seeloknya, adunkan satu pertiga Overnight Retinol Repair ini bersama Buffer Cream selepas wajah dicuci bersih. Hal ini kerana krim pemulih ini memiliki bahan aktif dan kuat dan tidak sesuai digunakan secara bersendirian pada kulit muka.
 
Namun selepas beberapa minggu, apabila krim pemulih ini mula dapat menyesuaikan diri bersama kulit wajah, anda boleh menggunakan krim ini bersendirian tanpa Buffer Cream, namun hanya perlu mengaplikasikan bersama campuran krim pelembap anda.
 

POST A COMMENT