Rentas Benua Antartika Untuk Ramuan Terbaik
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioDemi ramuan terbaik Kiehl’s tampilkan produk ikoniknya dalam meningkatkan kelembapan kulit pada tahap maksima. Tiada lagi masalah kulit terlalu kering atau berminyak.

Sesiapa sahaja yang memandang serius akan penjagaan kulit, pasti selalu mencari produk penjagaan kulit yang baru untuk mengubah atau meningkatkan permainan penjagaan kulit. Dengan pilihan yang tidak berkesudahan, Kiehl’s jenama terkenal dari kota New York ini telah mengeluarkan semula dua produk paling laris mereka dengan formula baru, menjanjikan keberkesanan yang sama buat jenis kulit yang berbeza.

“If there is only one thing you do for your skin, it’s moisturize.”
Pesanan khas dari Pengarah Saintifik Kiehl’s, Dr. Nancy Ilaya
Pelembap nombor satu dari Kiehl’s iaitu Ultra Facial Cream, adalah produk ikonik daripada Kiehl’s yang telah dilancarkan di sekitar tahun 2005, kini diperbaharui dengan formula ultra-penghidratan yang mampu memberi serta mengunci kelembapan buat kulit. Tekstur krim ini kaya bak sutera menyerlahkan kesempurnaan kulit sambil memberikan penghidratan selama 24 jam. Antara rumusan aktif dalam produk ini adalah Squalane dan Glikoprotein glasial yang berasal dari zaitun. Krim ini khas buat kulit wajah yang kering, dan diuji secara klinikal untuk memperbaiki dan menguatkan penghalang kelembapan, permukaan kulit terasa lebih lembut, licin, dan kelihatan lebih sihat. Setelah beberapa kali penggunaan, kulit akan rasa lebih segar tanpa rasa melekit atau berminyak.

Selain dari masalah kulit kering, Kiehl’s kini memperkenalkan Ultra Facial Oil-Free Gel Cream. Merupakan krim jenis gel yang bebas minyak, dirumus khas buat jenis kulit wajah yang berminyak atau kombinasi. Dahulunya dilancarkan pada tahun 2013, tetapi kini dengan formulasi yang baharu. Krim ini diasaskan bebas dari alkohol, mempunyai tekstur gel yang menyejukkan, seiring dengan teknologi masa kini. Ramuan utama berfungsi untuk mengurangkan penampakkan sebum berlebihan pada kulit. Ia juga menyerap pantas, memberikan penghidratan penting dan pengurangan sinaran pada kulit jenis berminyak atau kombinasi dalam tempoh yang lama. Walaupun dalam keadaan panas, atau persekitaran yang tercemar. Antara campuran ramuan inovatif digunakan di dalam produk ini adalah Glacial Glycoprotein yang berasal dari glasier laut Antartika, serta Asid Amino Mikronisasi baru. Sesuai buat sesiapa yang ingin memberi perhatian penuh terhadap masalah dehidrasi.
Pautan berkaitan Hidrasi Kulit Matang
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
