Sembang Cantik Bersama Thibaud Crivelli, Pengasas Maison Crivelli
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioJenama wangian mewah, Maison Crivelli hadir dengan pilihan Extrait baharu lebih unggul nan harmoni ciptaannya. Tubéreuse Astrale cetus kelainan.
Hasil kolaborasi bersama pakar wangian Quentin Bisch, Maison Crivelli kini memperkenalkan wangian baharu di bawah koleksi Extrait de Parfum iaitu Tubéreuse Astrale. Wangian ini terinspirasi daripada memori zaman kanak-kanak Thibaud Crivelli yang menemui bunga harum sundal malam sambil memerhati kehadiran komet dan Bima Sakti. GLAM bertemubual bersama Thibaud Crivelli dengan lebih terperinci.

SEMBANG CANTIK BERSAMA THIBAUD CRIVELLI, PENGASAS MAISON CRIVELLI

Apakah tiga intipati utama dalam Tubéreuse Astrale?
Wangian ini dibuka dengan nota serbuk kayu manis yang hangat lagi sensual. Tiga intipati utama seperti bunga harum sundal Malam India yang mutlak dengan kualiti terbaik, Osmanthus Cina, buah pic dan minyak pati biji lobak menyerlahkan aroma manis buah.
Apakah inspirasi anda disebalik Tubéréuse Astrale?
Saya telah mengilhamkan ia melalui kenangan sewaktu di zaman kanak-kanak saat menghabiskan masa bersama ayah saya yang gemarkan astronomi. Di waktu malam, kami ditemani dengan Bima Sakti dan bintang yang indah sambil menghidu aroma bunga harum sundal malam. Bunga putih yang halus lagi gebu ini hanya mekar pada waktu malam mempamerkan kecantikan yang abadi.
Apakah emosi atau sensasi yang ingin ditimbulkan saat memakai Tubéreuse Astrale?
Tubéreuse Astrale melihat kontras yang sangat terang, berkilauan dan bercahaya pada satu bahagian dengan padanan baldu berkrim lembut. Minyak wangi ini memberikan tenaga positif dan unik untuk pemakai.
Apakah petua terbaik untuk memilih wangian yang bersesuaian dengan acara?
Wangian boleh menentukan keperibadian anda serta mood mengikut masa anda. Secara peribadi, saya amat menggemari Hibiscus Mahajad kerana ia meningkatkan tenaga dan keyakinan diri saya.
https://www.instagram.com/p/C-DYSmDoWJL/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Artikel berkaitan Sembang Cantik Bersama Afifah Nasir
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
