Related Stories

oleh Amira Azman
Melihat foto cantik yang dimuat naik di laman media sosial membuatkan saya rasa begitu cemburu sekali. Manakan tidak, muat naik gambar percutian di tepi pantai menayang perfect legs and body, hakikatnya itulah dambaan wanita-wanita kini tidak kira muda ataupun tua. Lihat saja gambar-gambar itu, mulalah diri terinspirasi untuk mendapat tubuh idaman seperti mereka (betul, saya juga begitu!).
Melihat laman Instagram terutamanya, banyak wanita-wanita kini menjadi perhatian dan inspirasi kepada wanita biasa di luar sana. Hendak jadi influencers, haruslah cantik dari atas hingga ke bawah. Apakah rahsia cantik wanita-wanita ini (apatah lagi, jika kecantikan menjadikan diri mereka famous hingga mencapai puluhan ribu followers)? Adakah mereka ditaja untuk jadi cantik?
Berborak dengan teman-teman, barulah saya tahu alkisahnya. Memang benar ada yang ditaja, selain untung buat si penaja, untung juga si empunya badan kerana dapat jadi cantik secara percuma. Namun, ada juga kisah sebilangan golongan wanita high society yang sanggup melabur duit sehari sebelum bercuti gara-gara ingin mendapatkan figura tubuh cantik. Benar-benar instant beauty! Mereka sanggup menggagahkan diri dalam kesibukan kerja harian hanya untuk berjumpa pakar estetik. Yang penting, diri haruslah tampil cantik di dalam mahupun luar gambar.
Sekarang ini juga banyak servis cantik segera. Lunchtime quick fixes! Hendak betulkan bibir yang senget, dagu yang runcing, muka yang sagging atau hidung yang penyek, buat sahaja appointment over the lunch, layanan kelas pertamalah yang anda bakal dapat. Adakah ini dianggap satu kepuasan diri atau sekadar ingin menunjuk semata-mata? Namun, di satu persepsi lain yang ada di dalam pemikiran saya sebenarnya tidak salah jika ingin cantik kerana itulah keinginan wanita sebenar. Cuma cantik harus berpada-pada jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Cantik juga menjadi hak masing-masing. Namun, apa yang saya kasihankan, kadang-kala mereka ini sering dicemuh netizen dan orang sekeliling yang berfikiran sempit. Apa kata anda?
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
