Siapakah Wajah Terbaharu Pat McGrath?

Siapakah yang menyertai barisan duta-duta jelita Pat McGrath? Cassie! Penyanyi Me & U ini bakal sertai skuad Kim Kardashian sebagai wajah terbaharu jenama kosmetik gergasi ini.
Seorang mogul kecantikan, Pat juga merupakan jurusolek tersohor Hollywood — hampir semua wajah selebriti ternama telah dihias oleh sentuhan ikonik beliau. Rangkaian mekap keluaran beliau juga merupakan “alat” pelengkap gaya yang digemar oleh gadis-gadis millennial di seantero dunia!
Jika dahulu Kim Kardashian mendapat spotlight sebagai wajah buat rangkaian #InTheMirror keluaran jenama itu, kali ini giliran Cassie pula, bersama rekaan rona terbaharu Pat McGrath — Lust: MatteTrance Lipsticks dalam Omi, McMenamy dan Obsessed.
“Buat debut Cassie sebagai #McGrathMuse dalam siri ikonik #InTheMirror kami, keunikan kecantikan semula jadi beliau membenarkan kami melaksanakan rupa wajah yang bersih, segar bersama wing halus di mata, supaya fokus keseluruhannya ke rona bibir digilap LUST: MatteTrance Lipstick baharu kami,” ulas Pat.
https://www.instagram.com/p/BXY3s83jHNu/?hl=en&taken-by=patmcgrathreal
P/S: Jika kamu dengar secara teliti video di atas, nyanyian latar belakang itu adalah dari single terbaharu Cassie bersama G-Eazy, berjudul Love a Loser. Ianya merupakan lagu pertama beliau dalam 10 tahun!
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
