Oleh: Aizat Azman Shah
Tiada outfit yang lengkap tanpa beberapa semburan minyak wangi. Walaupun tidak boeh dinampak secara fizikal, namun minyak wangi memainkan peranan penting dalam kehidupan harian seseorang wanita moden. Dari menghadiri mesyuarat penting di siang hari hingga ke makan malam bersama pasangan tercinta, haruman bak sejambak bunga bukan lagi kemahuan, ianya satu keperluan.
GLAM menyenaraikan antara 5 minyak wangian paling ikonik sepanjang zaman:
Christian Dior J’Adore
See Also
J’Adore oleh Christian Dior amat terkenal oleh orang ramai apabila disebutkan tentang perihal wangian. Hal ini disebabkan kempen yang dijalankan berskala besar. Kempen tersebut dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama Hollywood, Charlize Theron, Marilyn Monroe dan Grace Kelly. Wangian yang berunsur floral ini kian menjadi must-have bagi wanita di seluruh pelusuk dunia.

