Related Stories
Zara Larsson Hidupkan Semula Maximalism Makeup
Zara Larsson sekali lagi mencuri perhatian dunia fesyen apabila penampilannya yang terkini menonjolkan kebangkitan maximalism makeup dengan penuh berani dan dramatik. Penyanyi sensasi Sweden ini membuktikan bahawa makeup bukan alat kecantikan, tetapi medium ekspresi diri yang penuh karakter.
Trend maximalism makeup ini bukan sekadar trend biasa. Ia adalah pernyataan gaya hidup. Ia menolak konsep “less is more” dan sebaliknya merayakan keberanian, kreativiti, dan personaliti yang menyerlah. Zara Larsson menjadikan pentas dunia sebagai kanvas, membolehkan setiap lapisan warna bercakap bagi pihak dirinya.
Seni Maximalism Bersama Sophia Sinot

Zara Larsson tampil dengan maximalism makeup dramatik hasil sentuhan kreatif Sophia Sinot, seorang makeup artis yang terkenal dengan solekannya yang penuh karakter. Dari mata berlapis warna hingga bibir yang menonjol, Sophia memastikan setiap lapisan rona bercerita, bukan sekadar menghias wajah. Zara Larsson yang kini hadir dengan estetika terbaru, colourful summer, menjadikan pentas konsertnya sebagai ruang eksperimen kecantikan. Setiap malam, dia muncul dengan solekan yang berbeza—daripada eyeshadow berwarna terang hingga sentuhan kilauan yang dramatik. Pendekatan ini bukan sahaja menambahkan elemen visual yang segar pada persembahannya, malah mencerminkan personaliti Zara yang berani bermain dengan warna dan gaya.
Sophia Sinot turut berkongsi tutorial solekan bersama Zara Larsson di media sosial, mengajak peminat meraikan seni maximalism makeup. Dengan permainan rona berwarna-warni pada kelopak mata, teknik placement perona pipi yang berani serta sentuhan batu hiasan berkilau, Sophia menghidupkan estetika Y2K yang playful, ekspresif dan sarat dengan gaya.
Maximalism Sebagai Pernyataan Gaya

Tahun 2026 menyaksikan kebangkitan rona berwarna-warni dalam solekan. Individu kini berani memancarkan keperibadian melalui seni tatarias. Maximalism makeup membolehkan pemakai bermain dengan warna dan hiasan tanpa had, menjadikan setiap penampilan dramatik, ekspresif, dan penuh personaliti. Ia menjadi simbol ekspresi diri, bebas dan penuh karakter, tanpa perlu pengiktirafan sesiapa.
Zara Larsson, yang kini mencuri hati ramai dengan album terbarunya ‘Midnight Sun’ dan kolaborasi bersama PinkPantheress berjudul ‘Stateside’, ingin mencipta dunia fantasi di mana semuanya terasa hangat, reflektif, dan penuh warna. Sentuhan nostalgia ini menjadikan maximalism makeup yang diketengahkan begitu mudah diterima dan disukai ramai di platform dalam talian.
Artikel berkaitan: 5 Eyeshadow Palettes Untuk Bold Eye Makeup Yang Memukau
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
