Capsule Wardrobe, Ini Item Evergreen Yang Perlu Anda Ada!
Almari yang penuh tidak semestinya menjamin gaya yang versatil. Dengan konsep capsule wardrobe, beberapa item evergreen daripada jenama mewah sudah cukup untuk mencipta pelbagai penampilan yang elegan dan sentiasa relevan.
Untuk individu yang mempunyai gaya hidup moden dan dinamik, konsep capsule wardrobe menjadi pilihan praktikal untuk memastikan penampilan anda sentiasa rapi tanpa perlu memiliki terlalu banyak helaian. Item evergreen ini boleh dipadankan dengan satu sama lain dalam pelbagai cara untuk menghasilkan penampilan yang stylish. Daripada busana formal hingga ke acara santai, item pakaian yang evergreen boleh menjadikan rutin harian anda lebih teratur. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan kehidupan, malah membantu membina gaya peribadi yang elegan dan kekal relevan sepanjang masa. GLAM himpunkan beberapa helaian must-have untuk koleksi capsule wardrobe anda.
Ini Item Ikonik Yang Wajar Menghuni Almari Anda!
1. Kemeja putih berkualiti – Prada
Sebagai salah satu helaian paling asas dalam dunia fesyen, kemeja putih memainkan peranan penting kerana sifatnya yang versatil dan tidak lapuk dek masa. Rekaannya yang minimal memudahkan ia untuk dipadankan dengan hampir semua jenis pakaian, sekali gus menjadikannya item penting dalam capsule wardrobe. Maka, ia dapat mencipta pelbagai gaya yang effortless. Cotton poplin shirt daripada Prada ini menonjolkan keanggunan moden dengan potongan bersih dan fabrik eksklusif. Ia boleh digayakan secara formal bersama seluar potongan kemas atau dipadankan dengan denim dan skirt bercorak untuk gaya kasual yang tetap chic.2. Seluar tailored – The Row
Seluar tailored adalah signifikan dalam capsule wardrobe kerana potongannya yang berstruktur mampu memberikan siluet yang kemas dan sofistikated pada keseluruhan penampilan anda. Ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai jenis gaya baju untuk suasana berbeza. Jenama The Row terkenal dengan estetika minimalis yang elegan. Contohnya, The Row Beta Pant ini menampilkan potongan yang rapi serta fabrik berkualiti tinggi. Lantas, ia menjadi pelaburan fesyen yang bernilai kerana gayanya yang evergreen.3. Denim klasik – Levi’s
Denim adalah helaian asas yang sentiasa relevan kerana sifatnya yang serbaguna dan mudah digayakan. Daripada gaya santai harian hingga padanan dengan blazer untuk majlis semi-formal, denim Levi’s memberikan kombinasi sempurna antara keselesaan, kualiti premium, dan penampilan yang tetap bergaya. Mereka terkenal dengan kualiti fabrik yang tahan lama dan potongan ikonik yang menyerlahkan gaya santai serta sesuai untuk pelbagai bentuk badan.4. Blazer essential – Max Mara
Blazer adalah helaian yang wajar dimiliki dalam capsule wardrobe kerana ia mampu memancarkan aura elegan dalam penampilan anda dengan serta-merta. Versatil dan mudah dipadankan dengan pelbagai lapisan pakaian seperti seluar, skirt atau gaun, blazer dapat menyerlahkan siluet badan, menonjolkan bahu dan pinggang, sambil mencerminkan aura anggun. Contohnya, blazer daripada Max Mara terkenal dengan potongan tajam dan siluet yang rapi apabila digayakan.5. Knitwear Signature – Loro Piana
Knitwear adalah helaian asas yang menggabungkan keselesaan dan gaya sofistikated. Sesuai sewaktu cuaca sejuk atau sebagai lapisan tambahan kepada busana anda, helaian ini mudah dipadankan dengan kemeja, jeans, atau skirt midi. Anda boleh pilih warna neutral seperti krim, coklat, atau hitam untuk fleksibiliti, manakala potongan seperti turtleneck atau crewneck menambah sentuhan elegan yang effortless. Knitwear bukan sahaja menjaga kehangatan, tetapi juga menyerlahkan aura bergaya dalam setiap penampilan, menjadikannya item abadi dalam capsule wardrobe. Artikel berkaitan: Intip Elemen Gaya Dalam Koleksi Longchamp Summer 2026Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026










