Intip Elemen Gaya Dalam Koleksi Longchamp Summer 2026
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioKoleksi Longchamp Summer 2026 hadir dengan koleksi yang menginjek semangat pantai dan ditafsir ke dalam gaya Parisian yang nyata effortless untuk musim panas ini.
Bersempena musim panas ini, Longchamp menganyam sebuah naratif yang bergerak selaras dengan ombak dan angin laut. Koleksi Ready-To-Wear Summer 2026 hadir seperti perasaan yang mengalir bebas antara kota Paris dan garis pantai yang bermandikan mentari. Di bawah arahan kreatif Sophie Delafontaine, koleksi ini membawa wanita Longchamp melangkah ringan dengan helaian fabrik, palet warna serta potongan yang berbicara tentang kebebasan yang tidak terikat. Terinspirasi daripada budaya luncur ombak, koleksi ini membawa tenaga muda yang segar, namun masih kekal berakar pada keanggunan Parisienne. Setiap helaian terasa seperti memeluk tubuh selepas keluar dari laut, santai namun tetap memikat. Palet warnanya pula mencerminkan detik senja yang lembut seperti rona biru laut yang dalam disuntik pula dengan rona pastel alam yang menenangkan, lantas mencipta keseimbangan antara kekinian dan kelembutan.

Ini Empat Elemen Yang Boleh Diterokai Di Dalam Koleksi Longchamp Summer 2026
1. Madras: The art of check

Corak kotak madras muncul sebagai nadi koleksi ini, diolah dalam warna pistachio hijau dan merah jambu yang seakan pudar disentuh cahaya dan air laut. Ia bukan sekadar corak, tetapi simbol musim panas yang nyata hidup. Siluet kimono diperbaharui dengan sentuhan moden, sementara fabrik bermaterial seperti kapas dan kulit memberi dimensi tekstur yang berlapis dan kontemporari.
2. Dresses: Easy-breezy

Helaian gaun dalam koleksi ini direka untuk bergerak antara siang dan malam tanpa batas. Dari momen selepas berenang hingga ke makan malam, satu helaian mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai suasana. Gaun kemeja dengan ilusi visual papan luncur yang berubah menjadi bulu berwarna terang memberi sentuhan artistik yang unik, manakala motif jalur, tie dye serta bunga halus menyuntik jiwa musim panas buat setiap langkah.
3. Stripes: Graphic waves

Motif jalur dihidupkan dengan pendekatan grafik yang berani. Potongan seperti baju ragbi lengan panjang diberi sentuhan feminin melalui potongan sedikit pendek. Jalur memancar corak dengan visualisasi ombak yang bertindih, lantas mencipta pergerakan yang dinamik pada setiap helaian.
4. The Longchamp horse: A logo in motion

Ikon kuda Longchamp dihidupkan semula dengan semangat yang lebih bebas dan liar. Ia hadir pada kemeja T dan sweatshirt, seolah-olah berlari bersama angin pantai. Rona karang, lagun dan pudina memperkaya visual ini, menjadikannya simbol musim panas yang santai tetapi penuh karakter. Setiap helaian dalam koleksi Longchamp kali ini menggambarkan kebebasan yang menjemput untuk menikmati setiap detik, bergerak dengan ritma sendiri dan merayakan joie de vivre dalam bentuk paling tulus.
Artikel berkaitan: Longchamp Raih Pengiktirafan B Corp
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
