Rasa Cinta Tersemai Dengan Koleksi Istimewa Swarovski
“Love conquers all, and love has so many facets.“

Frasa ini merupakan fokus utama Swarovski dalam menghasilkan koleksi Hari Valentine 2018 yang meraikan cinta dalam pelbagai rupa dan bentuk. Koleksi ini menampilkan ceraian yang setiap satunya lebih versatil, menggoda dan chic.
“Swarovski amat bangga untuk bersuara demi kepelbagaian dan semua cara cinta diluahkan. Oleh itu, dalam koleksi ini, kami menampilkan simbol-simbol cinta yang lain sebagai tambahan kepada simbol tradisional yakni heart,” ujar pengarah kreatif Swarovski, Nathalie Colin.
Ciri paling jelas daripada koleksi ini adalah rekaan feminin yang merangkumi hampir setiap ceraian utama yang dilengkapkan dengan gabungan palet rona emas, emas merah, dan perak untuk memberikan sedikit aura godaan.

Dari segi rekaan juga, Colin tidak gentar untuk bermain dengan stail-stail seperti cuff lebih berani, cincin berganda, dan dia tidak lupa juga untuk menyelitkan rekaan yang lebih lazim untuk memenuhi kehendak semua.
"Every piece is infused with messages of diversity and freedom to love that are very important to me – and to everyone.”
Antara rangkaian paling menyerlah adalah Lifelong yang melambangkan ikatan cinta abadi yang dizahirkan dengan rekaan unik dan menawan. Koleksi ini juga turut menampilkan jam tangan Stella serba baru dala bentuk lebih romantik untuk Hari Valentine ini.
Bagi menyemarakkan lagi koleksi ini, Swarovski telah menampilkan duta mereka Karlie Kloss yang dipasangkan dengan model kacak Andres Velencoso untuk kempen mereka. Selain itu pasangan sebenar Ruth Bell danVeronika Krajplova, Kim Willecke dan Sean Dubberke, dan Chiara Ferragni dan Fedez juga turut membintangi kempen penuh asmara ini.

Serlahkan rasa cinta anda dengan koleksi terbaru daripada Swarovski ini yang pastinya akan menggamit rasa romantik bersama kilauan kristal penuh magis romantik.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
