Oscars After-Parties: Skin is IN!
Retorik: Who’s The Real Fashion Victim?- oleh Mahani Awang (Bahagian 1)
Penyebab Sakit Kepala Ketika Atau Selepas Seks
Retorik: Wanita dan Kuasa – oleh Datin Zeta Zee
Sertai Peraduan Hari Wanita Sedunia Blu Inc Media

Cara Atasi Dingin Libido Di Kamar

Menolak fungsi seks dalam kelangsungan perhubungan rumah tangga yang lebih harmoni ternyata satu stigma yang tidak tepat. Isu perang dingin di ranjang ini bukan perkara baru malah kajian saban tahun telah membuktikan lebih 50 peratus wanita tidak puas dalam perhubungan, begitu juga sebaliknya.

Bercerita ke mana berhujungnya epidemik ini banyak bijak pandai perubatan serta kaunseling menyatakan ia bermula daripada sistem komunikasi yang kurang berkesan antara pasangan. Keinginan membuak suami yang dipandang dingin isteri contohnya tidak dibincangkan secara terbuka dan matang yang akhirnya membuatkan persoalan ini tergantung begitu sahaja yang hujungnya berakhir dengan kes curang atau lebih teruk perceraian.

Gambar: Deposit Photos

Ada beberapa fasa dalam bual seks yang boleh anda kaji terlebih dahulu sebelum go deep dengan perbincangan panjang. Jika sudah terbit rasa kurang minat pasangan terhadap anda cuba tanyakan pada diri sendiri dan observe di mana kurang dan silapnya sebelum terus bertanya. Cuba ikut langkah berikut sebagai panduan.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
KENAL PASTI MASALAH Langkah seterusnya untuk anda berdua ambil adalah mengenal pasti apa sebenarnya masalah yang terjadi. Adakah atas faktor emosi semata atau melibatkan faktor luar seperti tekanan kerja umpamanya. Selepas mengenal pasti semua faktor yang masalah yang ada, gunakan hujah dengan berhemah untuk proses perbincangan.
2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse