Loading media...

Unable to load content
5 Varian Chanel N°5
Hourglass Volumizing Glossy Stick Red 0 Mengimbas Semula Karya Seni Andrés Reisinger
GLAM Editor’s Pick 2017: LANEIGE
5 Tutorial Untuk Kuku Yang Menawan dan Outsanding
Pengalaman Cantik Bersama GLAM Beauty Club X Armani beauty
Home > GLAM Heart > Projek Hijau > Cantik > 7 Cara Melapis Produk Penjagaan Kulit untuk Kesan Terbaik

7 Cara Melapis Produk Penjagaan Kulit untuk Kesan Terbaik

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lihat dalam kabinet kecantikan anda dan kemungkinan besar anda mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit. Asid hyaluronik adalah pelembap terbaik. Retinol penting untuk anti-penuaan. Vitamin C adalah pencerah yang wajib ada. SPF pula tidak boleh diabaikan. Tetapi, adakah terdapat cara yang betul atau salah untuk mengaplikasikannya? Bagaimana cara terbaik untuk melapis produk kecantikkan agar dapat memaksimumkan manfaatnya?

Melapis Produk Kecantikkan

Pilih Dengan Bijak dan Sesuaikan Produk Mengikut Perubahan Kulit Anda

Membentuk rutin penjagaan kulit yang berkesan adalah mengenai memilih produk yang sesuai pada masa yang betul dan mengaplikasikannya dalam urutan yang betul. Anda mungkin sudah tahu jenis kulit umum anda, tetapi untuk serum dan rawatan, pilih produk yang sesuai dengan masalah khusus anda. Mungkin anda mengalami lebih banyak jerawat apabila cuaca menjadi lebih lembap? Adakah kulit anda lebih berminyak daripada biasa? Mungkin anda mempunyai tompok kering yang tiba-tiba muncul? Atau tompok berpigmen? Mengenal pasti keperluan kulit anda adalah kunci dalam memilih produk yang sesuai untuk dilapis

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse