CHANEL Tampil Solekan Kosmik Untuk Holiday 2025
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Nov 12, 2025
Untuk meraikan musim festival penuh bersinar, CHANEL menerokai keindahan kosmik bersama palet warna memukau dan terinspirasi daripada kemegahan langit malam penuh misteri.
Di sebalik malam, terserlah bintang-bintang bersinar dengan pancaran cahaya jingga yang memukau. Gabrielle Chanel, seorang yang percaya pada petanda alam, gemar memerhati kosmos dan mempercayai keluasan bertaburan bintang ini. Kini, untuk musim Holiday 2025, CHANEL Makeup Creation Studio bersama Cécile Paravina, ahli COMETES COLLECTIVE, meraikan keindahan dan dualiti hamparan luas ini dengan koleksi solek yang mengagumkan. Menerokai kontras langit yang mempesonakan, koleksi Holiday 2025 ini menceritakan kisah penghujung tahun yang segera terlahir semula. Ilham ikonik galaksi CHANEL mengorbit dalam alam unik ciptaan Cécile Paravina.
Terinspirasi oleh pancaran bintang yang tiada tandingan, LES SIGNES DE CHANEL menghadirkan duo bedak perona pipi dan highlighter yang menyelubungi kompleksi dengan pantulan lembut bersiluet satin. Rose Lumière meneroka ton bercahaya pink kebiruan lembut yang dipasangkan dengan highlighter pink mutiara putih, manakala Pêche Lumière mendedahkan warna jingga yang disempurnakan oleh highlighter emas mutiara putih. Ciptaan eksklusif ini diukir dengan 5 simbol House CHANEL, membentuk konstelasi yang menawan di wajah anda.
PANDANGAN MATA YANG HIPNOTIK
Warna enigmatik disebalik palet ikonik LES 4 OMBRES telah dicipta semula sebagai ciptaan eksklusif LES 4 OMBRES Nuit Astrale. Ia mendedahkan harmoni warna kosmik dan cakerawala yang dihiasi dengan lima simbol astral CHANEL. Pilihan rona seperti kelabu kebiruan sederhana, ungu perak berkilau, dan lavender satin diserlahkan oleh pancaran highlighter biru berkilauan. Dua warna kontras baharu LE LINER DE CHANEL, Flamboyant dan Écarlate yang menjemput anda untuk melukis lengkung jingga atau merah logam di sepanjang garis bulu mata. Penerokaan warna kosmik diteruskan dengan NOIR ALLURE, maskara kelabu kebiruan gelap yang seterusnya meningkatkan pandangan.
Dalam keluasan kosmos, logam cair membentangkan warna cerah dan iridescent. Ton berkilauan LE VERNIS baharu seperti Cosmique mewah dengan rona lakuer biru slate, atau Alchimiste, jingga berlogam membangkitkan rona kuku dengan warna istimewa.
Koleksi CHANEL HOLIDAY 2025 ini bukan sekadar solek, ia adalah meraikan alam semesta, di mana setiap sapuan mengajak anda menjadi sebahagian daripada galaksi yang mempesonakan. Dari kompleksi bercahaya hingga mata yang berkilauan kosmik, dan bibir yang terbakar dengan warna meteorit, setiap produk adalah karya seni yang meraikan keindahan duality, siang dan malam, api dan ais, penghujung dan permulaan baharu.Bersiaplah untuk bersinar seperti bintang di langit malam sambutan festival ini.

LES SIGNES DE CHANEL

METEORIT MERAH MENYERLAH BIBIR
Dicipta semula sebagai edisi terhad, ROUGE ALLURE VELVET menyarungkan bibir dengan pantulan berkilauan. Dengan tekstur ultra-selesa seperti kulit kedua, gincu matte bercahaya ini ditempatkan dalam bekas ikoniknya yang dihiasi double C yang bersinar. Gincu ini menyerlahkan dua warna utama iaitu Abstrait, dan Rouge Vie. Untuk bibir bersinar, ROUGE ALLURE LAQUE memperkenalkan dua warna eksklusif baharu seperti Incandescent dan Nébuleuse
Dalam keluasan kosmos, logam cair membentangkan warna cerah dan iridescent. Ton berkilauan LE VERNIS baharu seperti Cosmique mewah dengan rona lakuer biru slate, atau Alchimiste, jingga berlogam membangkitkan rona kuku dengan warna istimewa.
Koleksi CHANEL HOLIDAY 2025 ini bukan sekadar solek, ia adalah meraikan alam semesta, di mana setiap sapuan mengajak anda menjadi sebahagian daripada galaksi yang mempesonakan. Dari kompleksi bercahaya hingga mata yang berkilauan kosmik, dan bibir yang terbakar dengan warna meteorit, setiap produk adalah karya seni yang meraikan keindahan duality, siang dan malam, api dan ais, penghujung dan permulaan baharu.Bersiaplah untuk bersinar seperti bintang di langit malam sambutan festival ini.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti