5 Pendedahan Penting Britney Spears Dalam Memoir The Woman In Me
GLAM Junior: Eyka Farhana Bakal Timang Anak Lelaki
Dua Bulan Putus Tunang, Olivia Wilde Kini Bercinta Dengan Harry Styles
Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Met Gala 2023
Riadah Hujung Minggu Sempurna Dengan Samsung Galaxy Z Flip4

Chinese Classics Redefined

Jika anda masih tercari-cari dimana restoran yang menawarkan palet masakan Cina yang kontemporari, maka kunci pandangan anda pada YEN, di Hotel W Kuala Lumpur. Keenakan menunya baik dari Dimsum sehinggalah masakan bergoreng yang menjadi buah mulut,  turut menarik perhatian GLAM.

Ruang makan peribadi

GLAM singgah menikmati selera Chinese classics redefined. Dan berkongsi tiga perkara yang menarik mengenai YEN, W Kuala Lumpur.

Air Tangan Chef Terkemuka

Chef Eksekutif Masakan Cina, Tan Kim Weng adalah kunci kepada semua keenakan masakan di Yen. Dengan pengalaman selama 29 tahun dalam kulinari masakan Cina, maka tidak asing setiap suapan sungguh menyelerakan.

Intepritasi Avant-garde

Bila sebut sahaja restoran masakan Cina, anda pasti terbayangkan motif naga, harimau atau ikan koi, namun YEN cukup berbeza. Disaat pintu lif dibuka, anda akan disambut dengan rekaan dekorasi yang moden. Rona walnut serta keemasan membaluti seluruh ruang restoran. Lebih menarik siling tidak dibiarkan kosong, sebaliknya dihias dengan dekorasi berbentuk seakan sarang lebah. Ia sungguh mewah. Turut melengkapi adalah ruang makan peribadi untuk jamuan korporat mahupun perayaan.

Seleksi Menu Eksklusif

Jika anda penggemar menu berstim,  ladu kukus adalah di menu dengan resipi tradisional yang dibuat istimewa dengan bahan-bahan berkualiti tinggi. Dihidangkan di dalam bekas buluh, apabila dibuka ia masih hangat dengan wap beraroma.  Chicken Siew Mai (RM24) Sarcodon Aspratus Fungus Prawn Dumplings  Red Yeast Rice Honey Barbeque Chicken Buns Boletus Mushroom Dumpling adalah menu yang mesti anda cuba.

 

Yen Chinese Restaurant
W Kuala Lumpur
No. 121, Jalan Ampang
Kuala Lumpur, 50450 Malaysia
+60 3-2786 8888
b&f.wkualalumpur@whotels.com
www.facebook.com/WKualaLumpur

Yen Chinese Restaurant Opening Hours
Lunch: 12 noon – 2:30 pm
Dinner: 6:30pm – 10:30pm

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse