GLAM Persona: Datin Elvina Mohamad, Bintang Hati Terkini
Sebelum menginjak usia 30 tahun, Datin Elvina Mohamad mahu lebih sukses membina empayar perniagaan sebagai usahawan produk kecantikan yang mula diusahakan dua tahun lalu. Mahu terus berlakon namun lebih punya waktu berdampingan keluarga tercinta.
PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID PENULIS: MARINI MAT ZAIN KONSEP & PENATA GAYA: YANA BAHARUDIN GAMBAR: EDMUND /ONETHREFOUR STUDIO SOLEKAN: KF BONG DANDANAN: CK LIOW PENYELARAS SHAHRIL HADI PAKAIAN & AKSESORI: DIOR
Datin Elvina Mohamad tiba di studio tepat pada waktunya. Dengan ramah dia menyapa kami dan melemparkan senyuman termanis. Semua mata tertumpu ke arahnya. Kecil molek orangnya berketinggian 158cm sahaja. Cantik! Ketika jurusolek dan pendandan rambut merias penampilannya, saya mengambil kesempatan berbual-bual dengan Elvina mengenali siapa dia sebenarnya.
Lembut suara, bahasanya tersusun rapi. “Saya suka menjaga kulit wajah. Wajah tanpa solekan jadi pilihan sehari-hari memandangkan saya sentiasa bersolek di lokasi penggambaran, ujarnya. Apabila ditanya apa tip solekan diperolehi daripada jurusolek ketika sesi fotografi atau di lokasi penggambaran, dia ketawa. “Tak ada. Mungkin saya boleh mula hari ini. Sebenarnya saya lebih berminat kepada produk penjagaan wajah. Bukan solekan,” ujarnya membuka cerita.
Memang wajib, setiap tiga kali sehari Elvina amalkan cucian wajah dan memakai pelembap juga serum. Sebolehnya di set juga dia amalkan cucian wajah dan bersolek semula. Katanya dia perlu membenarkan kulit wajah bernafas. Kalau tidak kulit akan jadi sensitif dan pasti ditumbuhi jerawat. Ekoran fanatik terhadap penjagaan kulit, Elvina mengambil inisiatif membuka perniagaan berkaitan kecantikan. L’pure Beauty telah diusahakan sejak dua tahun lalu, mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Rangkaian produk L’pure Beauty terdiri dari pencuci wajah, pelembap dan serum. Malah dia merancang menjadikan perusahaannya itu jaminan masa depan.
#MFW: GIORGIO ARMANI F/W 2019
Magnum X Farah Khan
GLAM Next : Maya Letisha, Twirl & Triumph, Tidak Mahu Dibayangi Kejayaan Ibu
Calvin Klein Memilih Paris Jackson Sebagai Muka Baru Mereka
Neelofa, Fazura, Scha…Antara Selebriti Tempatan Tumpuan Lensa Antarabangsa Di NYFW 2019
Millennial It-Girl: Aimee Song
“Saya mengambil kelas lakonan dan rajin bertanya dengan pelakon senior dan pengarah. Saya lebih selesa jika jujur diberitahu kualiti lakonan saya baik atau tidak setiap kali di lokasi. Penting mendapat maklum balas secara langsung, kerana saya boleh memperbaiki kelemahan lakonan saya,” ujarnya yang senang berada di bawah bimbingan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Pengarah Shahrulezad sering memberi tunjuk ajar setiap kali selepas ‘CUT’. Mereka berbincang dan melakukan ‘take’ tambahan jika perlu. Itu lebih mudah dan menjamin kualiti drama atau filem.

KEMEJA, DRESS ROMPER KUNING, SUBANG DAN CINCIN DI DIOR.
SAYA MASIH MENGINGATKAN DIRI UNTUK MENGHORMATI ORANG. MASIH BELAJAR DAN BERTANYA JIKA TIDAK TAHU. SENTIASA RENDAH DIRI. JANGAN TERLAMPAU SELESA — DATIN ELVINA MOHAMAD“Saya akan terus membina empayar perniagaan L’pure Beauty. Andai kata perlu mengurangkan aktiviti seni, saya bersedia. Saya sasarkan tiga tahun lagi, saya sudah sukses dan selesa.” Namun buat masa ini, cintanya terhadap seni lakonan masih utuh. Elvina baru selesai penggambaran 40 episod drama rantaian di Astro Prima. Mula berlakon sejak 2014, dia sudah punya senarai drama yang wataknya memerlukan mainan emosi mencabar. Antara drama dibintangi Elvina, Shhh… I Love You, Isteri Untuk Diiktiraf, Demi Rindumu, Seandainya Aku, Takdir Yang Tertulis, Derhaka Cinta Jebat dan banyak lagi.

BAJU TANPA LENGAN DAN AKSESORI BARANG KEMAS DIOR.
See Also
Baca lanjut dalam GLAM May 2022
Pautan berkenaan: GLAM Persona: Dolla Make You Wanna
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
