Anthony Vaccarello, Pengarah Kreatif Yves Saint Laurent melancarkan koleksi pertamanya dibawah jenama itu di Paris Fashion Week (PFW) 2016, semalam.
Pereka fesyen kelahiran Brussel, Belgium yang dikenali dengan rekaan signaturnya iaitu thigh-high, body-con school of dressing masih mengekalkan gaya tersebut untuk koleksi Musim Panas/Bunga 2017 Yves Saint Laurent.
Vaccarello menghasilkan 44 rekaan dan hampir 99 peratus dari kesemua rekaannya berwarna hitam. Antaranya tuksedo klasik, jaket biker, military-style outerwear selain daripada gaun mini. Meskipun sesetengah rekaan tampak unconventional, ia masih berjaya memukau penonton.
Apabila ditanya tentang definisi seorang gadis Yves Saint Laurent, Vaccarello memberitahu bahawa gadis Yves Saint Laurent sangat menghormati masa lampaunya namun dari segi fesyen, she’s dressed for now.
Secara keseluruhannya, koleksi Yves Saint Laurent dibawah arahan Vaccarello adalah bold, strong dan dark. Meskipun Vaccarello sedang bernaung dibawah jenama ikonik ini, dia masih menonjolkan elemen individulistik yang kuat dalam setiap rekaannya.
Oleh: Lylatul Qadrina
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

