Cinta Hujung Dunia Louis Vuitton
Merentas padang bunga demi kunjungan cinta. Direktor Perancis terkenal, Romain Gavras mengubah nadi utama kota Paris, Cour Carree, Istana Louvre demi padang bunga serba romantis hanya untuk kempen filem pendek Coeur Battant, Louis Vuitton.

Wangian ciptaan terbaru Jacques Cavallier-Belletrud, Coeur Battant adalah koleksi ke-10 untuk Les Parfums Louis Vuitton. Ilham yang cukup tersendiri ini membawa kepada kempen filem pendek wangian Coeur Battant yang diarahkan oleh Direktor terkenal Perancis, Romain Gavras.

Turut dibintangi Aktres Terbaik di Academy Awards, Emma Stone membawa satu perjalanan cukup emosi dan tersendiri. Beberapa tempat dirakam untuk mendapat mood yang bersesuaian. Menurut Romain Gavras, konsep kempen ini banyak terinspirasi daripada ekspresi emosi Emma Stone. Perjalanan daripada Casa Malaparte ke kawasan tebing curam Bay of Capri merakam setiap momen dan pergerakan eksklusif kempen filem pendek wangian Louis Vuitton.

Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

