Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kempen Swarovski 360 Darjah
Neelofa nampaknya tidak sudah-sudah menempa kejayaan demi kejayaan, and we are really proud of her! Buat pertama kalinya, Swarovski menampilkan wanita berhijab sebagai wajah utama menerajui kempen koleksi raya mereka dan Neelofa disunting sekaligun mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama tampil dalam kempen jenama barang kemas terkenal tersebut.

Neelofa dipilih berdasarkan tahap keyakinan serta personalitinya yang sememangnya cukup glamor. Neelofa diterbangkan terus ke Dubai bagi menjalani proses penggambaran koleksi tersebut yang berlatar belakang keindahan padang pasir di Al Wadi Desert yang tersergam indah, nyata Neelofa menggayakan koleksi Swarovski Raya Selection dengan profesional sekali!
Bukan itu sahaja, malah Swarovski juga dengan bangganya mengumumkan kolaborasi julung kalinya bersama Naelofar Hijab, kerjasama 360 darjah bersama Neelofa.

Sempena kempen Raya ini, Swarovski turut mengadakan acara istimewa yang bakal berlangsung selama dua jam di lima buah stor Swarovski yang terletak di Mid Valley (16 Mei), Sunway Pyramid (17 Mei), KLCC (23 Mei), Pavilion (24 Mei) dan IOI City Mall (31 Mei). Ia bakal berlangsung dari jam 8 malam sehingga selesai. Di upacara istimewa ini nanti, pengunjung akan menikmati promosi hebat sebanyak 20 peratus diskaun serta banyak lagi (tertakluk kepada terma dan syarat). Jom kita saksikan gambar-gambar kempen Swarovski yang dibintangi Neelofa.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

