Related Stories
Coach Play APW, Inovasi Ketukangan Warisan Bertemu Seni Percetakan
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Oct 25, 2024
Jenama Coach kini melancarkan Coach Play APW dengan penuh gemilang, sebuah kedai berkonsep yang meraikan inovasi dan ketukangan warisan jenama label terkenal ini. Dalam pada itu, The Coach Coffee Shop juga tampil menarik sebagai tempat the new cafe in town yang wajib untuk disinggah.
Susulan daripada kejayaan di Coach Play Ipoh yang menjadi bualan ramai, kini kedai berkonsep Coach Play bertapak di APW pula! Ia menyuntik gabungan daya tarikan serta semangat meneroka jenama Coach dalam mengembangkan perniagaan fesyen, sekali gus meraikan legasi ketukangannya. Coach Play APW diilhamkan oleh warisan New York dan aliran dinamik Kuala Lumpur yang lantas memberikan pengalaman interaktif buat gaya membeli-belah yang cukup kontemporari.
Coach Play APW menampilkan pelbagai seleksi yang mengasyikkan untuk diterokai. Sejurus sahaja masuk, terpamer bahagian The Tabby Shop yang menampilkan deretan koleksi ikonik beg Tabby dalam variasi warna pilihan. Ruangan ini membawa lelaran baharu yang bermain dengan motif reka bentuk warna-warni seperti bermain dengan lampu neon, nyata menghidupkan energi urban dan modenisasi. Selain itu, bahagian Ready-To-Wear dan Footwear juga memaparkan koleksi terkini buat penata gaya wanita dan lelaki Coach.
Turut menghadirkan bahagian hub kreatif yang direka bentuk untuk membawa elemen ekspresi diri, kedai berkonsep ini memperkenalkan perkhidmatan percetakan skrin interaktif pertama di dunia. Di mana, ia membolehkan pelanggan membeli baju-T atau beg tote yang boleh disesuaikan dengan salah satu daripada 10 desain menarik, diilhamkan oleh iklan arkib Coach. Antara perkhidmatannya juga adalah Coach Create Bar yang menawarkan pengalaman memiliki tag gantung monogram secara percuma atau pembelian padanan aksesori untuk dipadankan bersama beg. The Archive Room pula, mempamerkan ketukangan kulit Coach bersama seni percetakan APW dengan tampilan setem, grafik tempatan serta imej arkib kod warisan jenama ini.
Menjadi sorotan utama di butik kontemporari ini juga adalah tampilan koleksi daripada Coachtopia yang merupakan kerjasama rumah fesyen ini berinovasi untuk mencipta ke arah kelestarian. Setiap item fesyen daripada koleksi Coachtopia diimaginasikan semula daripada konsep kitar semula. Material yang digunakan adalah daripada penciptaan beg-beg kulit Coach lama, lantas dijadikan produk baharu. Dedikasi rumah fesyen ini jelas terpancar apabila kesemua beg dari Coachtopia termasuk beg Ergo dan Wavy Dinky, dihadirkan cip NFC terbenam yang membolehkan pelanggan mengimbas segala informasi di sebalik sumber dan proses pembuatan. Coachtopia ternyata suatu inisiatif yang membawa aksen positif dan bijak dalam perindustrian fesyen.
Artikel Berkaitan: Koleksi #CoachSpring25 Membawa Nuansa Tenaga New York Di NYFW
Segalanya Yang Menarik Tentang Coach Play APW
Apabila melangkah masuk ke dalam kedai berkonsep ini, suasana membangkitkan masa keemasan seolah berada di Kota New York. Dek kerana palet warna hangat yang terinspirasi daripada bahasa visual ikonik Coach. Turut membawakan sejarah APW sebagai tempat percetakan, pintu masuk mempamerkan logo Coach Play APW dengan percetakan hurut “C” yang unik. Perincian klasik seperti tag gantung dan maskot kesayangan juga mengangguk kepada kod warisan rumah fesyen ini. Lebih menarik lagi, tetamu yang hadir disajikan dengan poster percetakan berestetika retro yang menggambarkan elemen buat Coach and APW.
Coach Play APW menampilkan pelbagai seleksi yang mengasyikkan untuk diterokai. Sejurus sahaja masuk, terpamer bahagian The Tabby Shop yang menampilkan deretan koleksi ikonik beg Tabby dalam variasi warna pilihan. Ruangan ini membawa lelaran baharu yang bermain dengan motif reka bentuk warna-warni seperti bermain dengan lampu neon, nyata menghidupkan energi urban dan modenisasi. Selain itu, bahagian Ready-To-Wear dan Footwear juga memaparkan koleksi terkini buat penata gaya wanita dan lelaki Coach.
Turut menghadirkan bahagian hub kreatif yang direka bentuk untuk membawa elemen ekspresi diri, kedai berkonsep ini memperkenalkan perkhidmatan percetakan skrin interaktif pertama di dunia. Di mana, ia membolehkan pelanggan membeli baju-T atau beg tote yang boleh disesuaikan dengan salah satu daripada 10 desain menarik, diilhamkan oleh iklan arkib Coach. Antara perkhidmatannya juga adalah Coach Create Bar yang menawarkan pengalaman memiliki tag gantung monogram secara percuma atau pembelian padanan aksesori untuk dipadankan bersama beg. The Archive Room pula, mempamerkan ketukangan kulit Coach bersama seni percetakan APW dengan tampilan setem, grafik tempatan serta imej arkib kod warisan jenama ini.
Menjadi sorotan utama di butik kontemporari ini juga adalah tampilan koleksi daripada Coachtopia yang merupakan kerjasama rumah fesyen ini berinovasi untuk mencipta ke arah kelestarian. Setiap item fesyen daripada koleksi Coachtopia diimaginasikan semula daripada konsep kitar semula. Material yang digunakan adalah daripada penciptaan beg-beg kulit Coach lama, lantas dijadikan produk baharu. Dedikasi rumah fesyen ini jelas terpancar apabila kesemua beg dari Coachtopia termasuk beg Ergo dan Wavy Dinky, dihadirkan cip NFC terbenam yang membolehkan pelanggan mengimbas segala informasi di sebalik sumber dan proses pembuatan. Coachtopia ternyata suatu inisiatif yang membawa aksen positif dan bijak dalam perindustrian fesyen.
The Coach Coffee Shop
Penggemar kopi atau mereka yang ingin mencuba tempat makan baharu kini boleh singgah di The Coach Coffee Shop. Sebuah kafe disuntik elemen klasik New York dengan sentuhan yang menyeronokkan. Ia berdiri sebagai kafe Coach yang terbesar di dunia mengenai ruang saiz, kapasiti serta kepelbagaian menu. Perkhidmatan kafe oleh barista dan tukang masaknya yang mahir nyata memberikan perkhidmatan yang tidak dapat dilupakan. Antara menu yang ditampilkan sepanjang hari adalah kopi istimewa dan pelbagai pilihan sarapan pagi seperti Avocado Toast, French Toast, Pastrami dan banyak lagi. Minuman pula diperhidangkan dalam ketulan ais “C” yang unik dan kreatif, melambangkan identiti Coach. Pengalaman menjamu selera yang mengasyikkan ini boleh diakhiri dengan pencuci mulut termasuk pilihan pastri serta menu soft-serve bermusim baharu. Pilihan menu ais krim lembut berperisa Americana seperti Peanut Butter & Jelly, Key Lime Pie, Cream Cheese Bagel dan Pepperoni Pizza adalah mesti dicuba!
Artikel Berkaitan: Koleksi #CoachSpring25 Membawa Nuansa Tenaga New York Di NYFW
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
