Kalau minggu sebelumnya, teman baik Datin X beria-ia minta Datin X menemaninya ke ajlis pelancaran butik jenama mewah di Pavillion. Datin X sebenarnya malas nak keluar tumah lebih-lebih lagi waktu senja memikirkan kalut nak bersolat maghrib. Itu pun belum dikira trafik Kuala Lumpur yang sangat tidak bersahabat. Walaupun ada pemandu tetapi Datin X tidak sanggup duduk berjam-jam lamanya dalam kereta. Tetapi setelah dipujuk rayu, Datin X pun temankanlah juga. Lagi pula, dia dan pemandunya menjemput Datin X di rumah. Kalau hari itu jalan sesak, Datin X adalah teman untuk bersembang di dalam kereta. Al-kisahlah, memang ramai undangan malamitu dan tetamu rata-ratanya di kalangan selebriti dan VVIP. Sambil minum dan menjamah canapes, Datin X seronok menjamu mata menengok tetamu pasang badan. Dan, antara ramai yang hadir, pandangan Datin X tertangkap pada sosok tubuh seksi dengan pakaian yang boleh dikatakan agak berani juga.
Mula-mulanya Datin X tak ambil pusing untuk kenal siapa gerangan si cantik seksi itu tetapi tiba-tiba teman Datin sebelah menyinggung sikunya terkena lengan. Dia separuh berbisik di telinga Datin X memberitahu yang gadis itu adalah artis muda yang baharu hendak naik. Katanya, sudah banyak suara-suara sumbang bercerita di belakang mengenai gadis ini. Ada yang kata mereka muak tengok mukanya yang sentiasa ada saja di setiap ‘event’ lebih-lbih lagi kalau majlis tu dihadiri banyak orang-orang kaya dan ternama. Kata dia lagi sudah ramai yang ‘rimas’ melihat gayanya ke sana ke mari. Risik punya risik ramai terkejut apabila ada seorang PR bocorkan rahsia yang mak gadis tersebut akan sentiasa mencari peluang untuk bawa anaknya ke majlis tersebut. Bukan setakat telefon minta diundang tetapi dia sanggup bayar asal saja mereka berdua diundang ke majlis tersebut. Terkedu jugalah Datin X dengar ceritanya. Tapi apa yang hendak dihairankan. Zaman sekarang semua mahu jalan pintas untuk jadi kaya. Kalau dengan cara menghadiri majlis begitu anak akan bertemu jodoh dengan orang kaya apa salahnya ya! Lain padang lain belalang. Lain orang lain pula kemahuan mereka. Datin X tak berani nak komen banyak-banyak sebab masing-masing perlu tepuk dada tanya selera dan kemahuan mereka. Buat apa nak susah-susahkan diri memikirkan masalah mereka.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
BY GLAM Malaysia
Sep 26, 2025
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
BY Aizat Aidid
Aug 04, 2025
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
BY Yusairi Fitri
Apr 14, 2025
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
BY Siti Syahidah
Apr 15, 2022
Datin X: Affair Di Hujung Usia
BY Fara Adilla
Apr 28, 2020
GLAM Exposé: Kekayaan Mega Ranap Di Tangan Genera...
BY Fara Adilla
Apr 27, 2020
Datin X: Malu Ada Anak Cacat
BY Fara Adilla
Apr 23, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

