Datin X: Perempuan Simpanan Sebar Cerita Dalam Kelambu
Kerana wang dan pangkat, ada wanita sanggup mengorbankan harga diri hingga mengguris hati dan perasaan wanita lain. Suami orang atau tidak, ambil saja asalkan memberi kesenangan yang dicari-cari. Lebih jelik, zaman sekarang ini sudah wujud golongan wanita yang mengganggu rumah tangga orang hanya kerana didorong nafsu. Perempuan jenis apakah itu? Ini bukan cerita yang dibuat-buat. Spesis ini memang ada di mana-mana sekarang ni. Pandai-pandailah kita jaga laki masing-masing. Tapi kalau yang suami pun nak menggatal sama, bagaimana pula?
Kepada lelaki, jangan ingat korang saja boleh melepak ramai-ramai dan megah bercerita hal dalam kelambu dengan skandal masing-masing. Ramai juga perempuan hari ini yang tak tahu malu dan bercerita kepada semua dari A sampai Z. Nama pun perempuan. Kebanyakannya mulut tempayan. Rahsia memang susah nak disimpan. Akhirnya, kisah yang mengaibkan itu dibawa dari satu mulut ke satu mulut sampailah sekalian alam tahu. Bahananya, lelaki juga yang jadi mangsa ditertawakan dan menjadi bahan lawak tak sudah. Kalaulah lelaki tahu, rasanya nak jejak tanah luar rumah pun dia tak sanggup!
Lelaki jangan ingat kalau pasang spare tyre tu maknanya dia hebat. Usah rasa diri itu megah sangat sebab kalau silap langkah, mengena batang hidung sendiri pula nanti. Datin X berkata begitu sebab kebanyakan perempuan zaman sekarang lebih panjang akal dan tak heran sangat pun dalam akaun bank lelaki tu ada berapa. Ramai yang sekadar cari lelaki untuk dibuat penyedap sahaja.
Seperti Lin yang dikatakan ada hubungan terlarang dengan seorang hartawan muda yang juga suami orang, tidak pernah ambil peduli bila ramai yang menyemburnya dengan jolokan perampas. “Bukan I nak sangat dekat lelaki tu pun. Untuk suka-suka saja!” Datin X tak fahamlah orang sekarang yang senang-senang saja membuka pekung sendiri tanpa ada rasa malu atau segan.
Isteri hartawan itu pula, menafikan sekeras-kerasnya yang suaminya bermain kayu tiga. Anak masih kecil, jadi katanya mereka suami isteri masih seperti pasangan remaja bercinta. Selalu pergi dating di restoran mewah, kerap menghadiahkan isterinya dengan barangan mahal…hari ini jam tangan, esok beg pula. Kalau orang tanya adakah benar suaminya pernah ada affair dengan perempuan bernama Lin, isteri itu tadi akan menjawab dengan tenang. “Oh, please! That woman?!” Nadanya sentiasa berbunyi menyindir.
Konon-kononnya, mana ada wanita lebih layak untuk suaminya selain dia. Datin X mengaku yang isteri hartawan ini cantik rupawan sekali orangnya. Yalah, nama pun suri rumah. Pembantu ada sampai empat orang. Jadi banyaklah masa nak mengulit badan sendiri sampaikan selang sehari blow rambut di salun. Kalau tak, takkanlah sampaikan kawan-kawan hartawan itu sendiri naik cemburu hingga juling mata melihatkan betapa seksinya isteri tersebut setiap kali bertemu.
Yang si Lin ini pula, boleh tahan cantik orangnya. Mungkin gayanya agak kekampungan, tapi dia wanita bijak yang berkerjaya. Lin memang ada reputasi yang tak berapa elok. Khabarnya, she sleeps her way to the top. Tak tahulah sama ada betul atau tidak. Apa yang pasti, Lin tak berselindung bila orang bertanya fasal hubungannya dengan hartawan itu tadi. Akui Lin, hari ini hartawan itu pula yang sibuk mengejarnya.
Padahalnya dia sudah lama hilang minat. Eh, macammana pulak tu? Cerita kawan Datin X, “Lin tu sekadar nak ‘cuba’ saja. You know, casual sex. Sekali dua check-in, terus dia tawar hati. Katanya, sebab hartawan tu very bad in bed. Habis kisah luar dalam dia beritahu. And you tahulah how Lin is. She brags to the whole world about her sex life. Sekarang ni, everytime we all terjumpa that guy or the wife, dalam kepala kami semua mesti teringatkan cerita Lin!” Kata kawan Datin X itu lagi, cerita Lin mencetus gurauan – dari ‘saiz’ hingga ke performance hartawan itu tadi. Oh…now we know! Hartawan tu kalau di luar, nampak saja gagah. Tapi tak sangka atas ranjang asyik kecundang. Sudahlah begitu, kawan-kawan bini semua sudah tahu. Padan muka sendiri, lebih kasihan lagi pada sang isteri!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
BY GLAM Malaysia
Sep 26, 2025
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
BY Aizat Aidid
Aug 04, 2025
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
BY Yusairi Fitri
Apr 14, 2025
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
BY Siti Syahidah
Apr 15, 2022
Nadi Baru Le Roseau
BY Faizal Hadi
May 19, 2020
Towards The Sun
BY Faizal Hadi
May 13, 2020
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
BY Faizal Hadi
May 08, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
