Datin X: Bakal Berkahwin Setelah Bertahun Ada Affair

suzana3 xGambar: Arkib GLAM

 
Satu lagi kisah hot yang menjadi bualan adalah fasal seorang lagi sosialit ini yang pernah menjadi model suam-suam kuku. Dia dikhabarkan bakal berkahwin dengan seorang big shot dari jabatan kerajaan. Kisah affair on off mereka bukan baru. Sudah bertahun-tahun lamanya. Macam-macam cerita Datin X dengar tapi tak boleh nak cerita di sini.
 
Cuma Datin X agak terkejut apabila akhirnya mereka sepakat mahu mendirikan rumah tangga. Wah… sanggup ya, wanita itu bermadu? Tak takut kena perambat dengan anak-anak sang kekasih yang semuanya sudah dewasa belaka? Inilah baru sesuai dengan perumpamaan lautan api pun sanggup ku renangi!
 
Walau apa pun, Datin X rasa tak patut bagi sosialit itu untuk meneruskan hubungannya dengan lelaki yang bergelar Datuk itu. Dia masih muda, masih cantik, masih happening. Buat apa kahwin dengan orang tua yang sudah bercucu? Padahalnya ramai lagi hartawan bujang dan duda yang hensem-hensem cuba memancing cintanya. Pilihannya di depan mata terlalu ramai. Kenapa yang itu juga yang kau nak?
 
Tak tahulah kalau sosialit itu panjang akal dan sedang merancang sesuatu. Sebab dari caranya memang semacam saja, seperti ada udang disebalik batu. Tapi kalau itu sudah jodohnya tertulis, tiada siapa pun yang dapat menghalangnya. Jangan buruk sangka… usaha untuk halalkan hubungan yang haram pun sudah cukup baik. Kahwinlah, asalkan si lelaki itu terus berlaku adil pada isteri-isteri yang lain. Datin X tumpang gembira.
 
Dan bila sudah berkahwin tu, jangan disorok-sorokkan pula macam sesetengah orang tu. Konon alasan sebab nak jaga hati ramai orang. Status isteri kedua ke, ketiga ke; hukumnya tetap sah. Jadi apa guna bernikah tapi hidup seperti wanita simpanan, betul tak? Jadi lepas ni kalau terjumpa kat mana-mana wedding reception lagi, tak perlu nak cover line lagi okey?
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi November 2014
 
 

POST A COMMENT