Datin X: Bila Hijab Dah Macam Skirting Langsir
Terbakar hati Datin X dengan seorang minah MLM ni. Datin X kenal dia tak sampai pun setengah tahun tapi kebetulan kami selalu bertemu kerana teman-teman networking kami orang yang sama. Sebab dia ni aktif sungguh menjual pelan bisnes piramid, jadi terpaksalah juga Datin X menadah telinga melayan walaupun Datin X sikit pun tak hingin nak join. Cakap macam bertih jagung, tak berhenti seperti nyamuk mengiang di telinga. Sangat irritating. Jenuh dia memujuk cuba pengaruh Datin X supaya turut serta walau sudah berkali-kali diberitahu yang Datin X tak percaya skim easy money dia tu!
Selain bagi ceramah MLM, kesukaan dia adalah Instagram gambar longgokan barang-barang shoppingnya selain aksi peluk cium anak dan gaya berdoa di atas tikar sejadah. Tapi mulut dia ni pun boleh tahan lancang juga walau gaya bicaranya lembut gigi dari lidah. Satu hari, Datin X dapat tahu dia mengomel pada semua orang pasal Datin X yang dilabelnya Haji Bakhil, kedekut sayang duit tak mahu nak invest dalam bisnes MLM dia. Apa lagi, mulut Datin X pun mulalah ringan nak menyumpah seranah. Sampuk teman, “Eh, you jangan la cakap macam tu. Dia baru pakai tudung tau…” “So what?! Tutup kepala terus jadi malaikat ke?”
Nak jadi cerita, perempuan MLM ni memang suka sangat memperbetulkan statement Datin X setiap kali Datin X menegur stail tudungnya. “Bukan tudung ya… ini hijab.” Whateverlah! Buat bisnes menipu orang. Dan kalau betul pun nak menutup aurat, mengapa sifat diri pun tak berhijrah sama? Balut kepala sebab nak berfesyen kah? ‘Hijab’ konon. Tapi masih bertepuk bertampar dengan bukan muhrim, ketawa mengilai macam pontianak, masih makan di tempat yang tak pasti halal haramnya dan pakaiannya setiap hari… tak payah cakap lah. Sorry to say, tapi ada hari-harinya macam badut terlepas! ‘Hijab’ bercorak warna warni macam kek lapis, entah berapa ela kain dibelitnya kepala, siap ada skirting macam langsir. Ermm… apa fesyen orang panggil tu? Hijabnista? Huh, memang nista sangat!
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
Datin X: Affair Di Hujung Usia
GLAM Exposé: Kekayaan Mega Ranap Di Tangan Genera...
Datin X: Malu Ada Anak Cacat
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

