Related Stories
Korner Mak Datin: Wanita Ugut Datin Seri Nekad Mahu Rampas Suami
Saya bingung! Datin Seri Salina masih mengadu kepada saya itu dan ini. Saya pula setia mendengar tetapi dalam keadaan bingung memikirkannya. Agak lama saya mahu menghadamkan sebuah kisah baru dikongsi kepada saya. Macam tak percaya pun ada. Baru semalam saat menonton sinetron, watak antagonis dilihat sebagai dongengan. Betapa mengadanya perempuan itu berkomplot mahu merebut sang hero. Banyak onar dibuat demi memenuhi kehendak hati. Tidak pula saya menyangka kisah seperti itu wujud secara realiti. Semua itu gara-gara mendengar kisah gila seorang wanita pertengahan usia yang psiko.
Dua bulan lalu, Rina bekerja disebuah syarikat perbankan di ibu kota. Dia wanita yang boleh dikatakan kurang dari segi rupa paras. Begitupun memiliki kepintaran dalam kira-kira. Dia lantas mendapat kepercayaan menjadi salah seorang pegawai di situ. Kelebihan Rina tentunya dapat masuk ke dalam akaun pelanggannya dan memeriksa butiran pendapatan mereka secara terperinci. Rupa-rupanya dari situlah dia memilih lelaki untuk didekati dengan berniat mahu bernikah dan hidup senang lenang.
“Saya mahu mengemaskini buku kewangan saya,” ujar Bakri di kaunter kepada salah seorang kakitangan. Rina di meja belakang memerhati peribadi Bakri penuh minat. Orangnya kelihatan lurus, pasti mudah digoda kelak. Pakaiannya kemas dan mahal-mahal belaka, semestinya usahawan atau anak orang berada. Setelah mendapat butiran daripada kakitangan bertugas, Rina mula menjejaki Bakri. Lelaki itu memang anak orang berada dan memiliki bisnes sendiri. Perniagaannya meliputi negara Eropah juga. Sudah beristeri dan punya dua anak. Namun, dia tidak peduli semua itu kerana hatinya sudah bulat terpaut kepada Bakri.
“Hello!”
“Hello Datuk Bakri, saya Rina daripada #$@% membuat panggilan ini untuk urusan insuran. Saya mahu tawarkan pakej pinjaman terbaru untuk jaminan perniagaan encik.”
“Maaf! Saya tak berminat…”
“Datuk Seri Bakri jumpa saya sekali je, dengar penjelasan saya dan kalau tidak sesuai dengan encik Bakri, tak apa.”
Bijak sungguh Rina bermain kata sehingga akhirnya Bakri memberi peluang mereka bersua muka. Rina pada awalnya menerangkan serba sedikit mengenai pakej pinjaman tetapi berakhir dengan soal-soal peribadi. Saat ini Rina beramah seperti kebanyakan wanita normal lain. Siapa sangka tingkah Rina seterusnya diluar batas. Bakri juga tidak pernah menjangkakan pertemuan hanya sekali itu akan menghantui dirinya sampai kini. Rina ternyata bijak mengatur strategi. Dia tidak memandu hari bertemu Bakri. Sebaliknya buat-buat gelisah temannya tak dapat datang menjemputnya. Dia meminta pertolongan Bakri menghantarnya pulang. Sebagai lelaki budiman, Datuk Seri semestinya tidak sanggup menolak dan menyuruh seorang wanita menaiki teksi. Dia lantas menumpangkan Rina sehingga ke rumah. Sememangnya Datuk tidak mengesyaki apa-apa. Sehinggalah Rina memulakan langkah pertamanya.
“Hello Datin Seri. Mengelamun jauh nampak. I tanya ni, you dah buat laporan polis ke?” soal saya memetik jari juga. Bagaikan baru tersedar daripada lamunan, Datin Seri Salina angguk. Sebetulnya sudah pelbagai cara dia lakukan namun tak dapat juga menyingkirkan Rina. Lantas Datin Seri mengambil keputusan berkongsi kisahnya ini kepada saya. Ceritanya lagi, pada suatu malam, saat azan Maghrib berkumandang, telefon bimbit berdering. Dalam hati Salina mengutuk, siapakah gerangan pemanggil kurang sensitif dengan waktu solat ini. Lantas dia menjawabnya dan kedengaran suara perempuan dicorong telefon bimbit mengajaknya bertemu. Katanya ini persoalan mengenai Bakri dan dirinya sendiri.
*Baca lebih lanjut di GLAM Mei
Artikel Berkaitan
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
Datin X : Privilege Flaunting Di Era Coronavirus
Datin X: Kehidupan Baru Selepas Kematian Suami
Datin X: Nafsu Datuk Gila Orgy
Datin X: Apabila Lelaki Lebih Cantik Dari Perempua...
Korner Mak Datin: Datin Hilang Harga Diri Galak Me...
Korner Mak Datin: Datin Lari Dengan Teman Lelaki B...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

