Retorik: Rahsia Muda Dengan Teknologi Terkini- oleh Heidi Nazaruddin

42-27346424

Gambar: Arkib GLAM


 
Oleh: Heidi Nazaruddin

Saya berusia 35 beberapa bulan lalu. Di kebanyakan tempat, 35 sudah dianggap usia matang dan ia mendatangkan kebimbangan pada sesetengah orang apabila mereka mengaitkan kecantikan dengan usia muda remaja. Walau bagaimanapun, kita hidup dalam dunia moden yang memiliki banyak keajaiban saintifik. Saya menetap di Los Angeles yang mana di sinilah pusat berkumpulnya orang yang muda dan cantik-cantik. Daripada dulu, setiap kali melihat mereka, saya tahu yang saya perlu lakukan ‘kerja penyelenggaraan’ (prosedur perubatan kosmetik) pada bahagian tubuh badan tertentu, tetapi hanya jika dan ketika masanya tiba.
 
Saya berjumpa Dr. Alice, doktor pakar kosmetik dan estetik, dalam satu rancangan radio. Kami berbual tentang wanita Malaysia yang keberatan berkongsi mengenai perjumpaan mereka dan prosedur yang mereka lakukan dengan doktor kosmetik. Saya juga tahu daripada pengalaman peribadi terjadi pelbagai kisah seram yang dialami wanita berkaitan perubatan dan pembedahan kosmetik. Pun begitu kita patut singkirkan stigma tersebut kerana jika kita sanggup membelanjakan ratusan hingga ribuan ringgit untuk krim dan losen yang biasanya kurang memberi kesan positif, mengapa tidak, dengan jumlah yang sama melabur untuk prosedur yang tidak memerlukan pembedahan, (non-invasive) tetapi berkesan. Saya rasa sudah tiba masanya kita ubah stigma tersebut dan lakukan pembedahan kosmetik dengan cara yang selamat dan berkesan.
 
Sebagai blogger, saya bertuah kerana sejak dulu lagi, jika saya mahu melakukan sesuatu prosedur, saya boleh memilih mana-mana doktor yang saya mahu. Walaupun begitu, saya memilih Dr. Alice kerana saya menyenangi dirinya yang jujur dan sudi berkongsi serta berbincang mengenai prosedur ini samada boleh atau tidak dilakukan. Selain itu, saya juga suka akan hakikat yang Dr. Alice adalah rakyat Malaysia. Di Los Angeles, wanitanya lebih berpandangan terbuka dan berpengetahuan mengenai prosedur ini tetapi di sini, ianya seakan masih samar-samar. Jadi saya rasa, menjadi tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan doktor yang luas pengalamannya dalam bidang ini serta mampu memberikan hasil yang terbaik dan selamat.
 
Pada mulanya saya dan Dr. Alice berbincang secara tidak formal. I was honest with my fear of what Father Time has in store for me. Saya pernah lihat apa yang dilakukan pada ibu dan nenek dan saya tidak menyukainya. Saya memiliki rahang yang panjang, membuatkan wajah saya sedikit lonjong. Dr. Alice pula mengutarakan mengenai masalah volume pada mata saya, pelipis dan pipi atas yang semakin kendur (kerana masalah graviti) dan turut memberitahu apa prosedur yang akan dilakukannya pada muka saya.
 
Pun begitu, saya tidak sekadar membayangkan pelan prosedurnya kepada saya. Dr. Alice adalah satu-satunya doktor dalam negara ini yang memiliki alat berteknologi pengimejan 3D, yang membolehkan saya melihat hasil pembedahan tersebut walau belum melakukannya. Wajah saya dalam imej yang terpapar adalah lima tahun lebih muda.
 
Saya berdebar ketika hari prosedur. Jururawat Dr. Alice meletakkan saya di bawah pengaruh sedar dan saya hanya terjaga selepas beberapa jam. Wajah saya berasa sakit dan saya sepertikan keliru. Namun begitu, saya masih dalam keadaan sedar dan masih boleh mendapatkan perkhidmatan uber untuk pulang ke rumah. Sebaik tiba di rumah, saya tidur sepanjang hari. Wajah masih terasa sedikit sakit walau selepas dua hari pembedahan. Rasa sakitnya hampir sama seperti kali pertama memakai pendakap gigi; sakitnya terasa tetapi masih dapat ditahan. Untuk menghilangkan rasa sakit, saya juga mengambil panadol sekali atau dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
 
Kesannya terbukti Positif. Sewaktu saya dalam penerbangan pulang ke Los Angeles, iaitu pada hari berlangsungnya Oscar (lima hari selepas prosedur), seorang remaja lelaki berusia 20 tahun meminta nombor telefon saya. Ketika itu saya di meja bufet. Diri berasa sangat teruja! Dia nampak kebingungan ketika saya beritahu saya sudah berusia 35. Pada waktu yang lain pula, sekumpulan lelaki yang sedang bermain papan luncur (masih remaja dengan wajah berjerawat) bersiul-siulan sewaktu melihat saya berjalan di tepi pantai untuk pulang ke rumah. Seingat saya, sudah bertahun remaja lelaki tidak bersiul pada saya. Jadi, saya tahu apa yang dilakukan oleh Dr. Alice mencapai matlamatnya dan saya sangat berterima kasih kepadanya. Mungkin ini dapat memberi ilham pada wanita di luar sana mengenai prosedur yang menggunakan teknologi efektik dan selamat.
 
Tanpa pisau bedah, anda masih bisa kelihatan muda. Saya sendiri sudah mengesahkannya, Dan ternyata ia berkesan. Bagi wanita di luar sana usah gentar dengan teknik baru dalam bidang kosmetik. Saya sarankan jika anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut mengenai ini, sila dapatkan konsultasi daripada Dr.Alice sendiri!
 
HEIDI NAZARUDDIN adalah penulis blog TheAmbitionista dan Ketua Pengarah Eksekutif bloggerbabes.com. Hari ini dia berkongsi mengenai rawatan kecantikan terkini. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Edisi Jun 2016

POST A COMMENT