Retorik: Tekanan Media Sosial Membawa Kepada Kemurungan?
Saya tahu ramai di antara kita dibelenggu masalah ini, kehidupan kita seperti tidak lengkap tanpa telefon pintar. Ya benar, saya akui kewujudan telefon pintar ini banyak memudahkan kerja kita seharian. Bayangkan semua maklumat kini hanya di hujung jari. Apa saja yang kita mahu tahu kita hanya perlu menekan enjin carian dan tidak sampai beberapa minit semuanya tertera di atas skrin. Hatta, jika ingin memasak kita boleh mencari resipi dan melihat tutorial masak kala di dapur. Mudah bukan?
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana orang dahulu terpaksa membuat janji untuk bertemu di sekian tempat dan jika orang yang dinanti tiada di tempat yang dijanjikan mereka terpaksa mencari telefon awam untuk menghubungi teman di pejabat atau di rumah. Tetapi bagaimana pula kalau si dia juga tidak sudah keluar dan sedang mencari-cari kita? Tetapi kita di abad yang berbeza, segala-galanya ada di genggaman. Maaf kalau saya kata ini, dan saya berasa perkara ini benar, orang sekarang mahu ke bilik air pun ditemani telefon pintar lebih-lebih lagi kala sedang membuat ‘pelaburan’. Begitu dahsyat sehingga kita nampaknya tidak dapat berpisah dengan telefon pintar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Jun 03, 2026
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
May 29, 2026
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026


