Diari Deko – Wajah Baru Harvey Norman di IPC Mutiara Damansara
Ruang – Pilihan Corak Jubin Buat Dapur Kediaman
Kediaman – Moden Alami Avanti Residences
Pembukaan Semula Atelier Asnières dan Galeri Louis Vuitton.
Pameran Art Basel Hong Kong Dibatalkan
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Destinasi Baru Butik Kecantikkan Tom Ford

Destinasi Baru Butik Kecantikkan Tom Ford

Pusat beli-belah terkenal, Suria KLCC menjadi destinasi kedua untuk butik kecantikkan jenama tersohor Tom Ford selepas Convent Garden, London.

 

Mula beroperasi Jun lalu, butik ini berkeluasan 926 kaki persegi mempersembahkan gaya hiasan dalaman ultra moden perlambangan terbaik jenama yang sinonim sebagai refleksi kemewahan penggunanya.

 

Gabungan marmar putih bersama arca gelas rona kelabu menyerlahkan pameran produk alat kosmetik dan haruman buat si jejaka dan jelitawan yang mementingkan penampilan diri.

 

Pengunjung boleh mendapatkan khidmat solekan peribadi berdasarkan temujanji oleh Pakar Kecantikkan Tom Ford antaranya Shade and Illuminate Philosophy, Definitive Brows, kelas solekan VIP dan solekan untuk pengantin.

 

Menariknya, anda boleh menempah haruman mengikut cita rasa dan persona peribadi di sini.

 

Bagi yang mahukan khidmat rundingan eksklusif dalam membuat pilihan haruman dan kosmetik, terus tuju ke ruang khusus,  The Makeup Lounge.

 

Butik Tom Ford di aras bawah, G04, pusat beli belah Suria KLCC.

 

Slide untuk lihat gambar. 

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gaya mewah melatari ruang pamer kecantikkan dan haruman Tom Ford di Suria KLCC.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse