September Must-Haves: Pilihan Editor
Selamatkan Wajah Dengan Pilihan Clay Mask Terbaik 2022!
GLAM First: Di Sebalik Solekan Ikonik Che’ Som Lakonan Nabila Huda
Tranformasi Dramatik Selebriti Kepada Rona Blonde Sepanjang 2017
Deepika Padukone Cipta Sejarah Di World Cup Dan Kecantikan Holistik 82°E
Home > Cantik > Diari Cantik Bersama Parisa Ardina Dadashpour

Diari Cantik Bersama Parisa Ardina Dadashpour

Untuk bulan ini GLAM menampilkan Parisa Ardina Dadashpour, pempengaruh digital yang memiliki rupa paras anggun dan mendekati wanita jelita ini serta menyelami rutin kecantikannya. Ayuh kenali wanita ini dengan lebih dekat lagi.  Parisa Apa produk kecantikan wajib anda beli? Saya suka mengumpul penyamar noda dan pelembap bibir. Kedua-duanya produk asas, namun penting untuk menambah seri pada wajah. Malah kulit wajah dan bibir kelihatan lebih asli dan segar. Rutin kecantikan anda ketika melancong? Selain membawa produk rutin penjagaan kulit yang sedia ada, saya akan pastikan membawa krim pelindung matahari. Face mask juga wajib ada. Dari mana anda belajar bersolek dan merawat wajah? Ibu saya memang terapkan disiplin merawat wajah dan bersolek sejak kecil. Hari ini ada juga saya merujuk beberapa pempengaruh kecantikan TikTok tersohor. Solekan mereka menarik dan mudah diikuti. Siapa ikon kecantikan dikagumi anda? Semestinya Kylie Jenner! Dia tahu apa yang dia mahukan dan dia sangat bagus dalam penjenamaan diri sehingga sukses melariskan jualan produk kecantikannya sendiri. Parisa Apakah trend kecantikan Parisa sedang ikut sekarang? Mengoles kiub ais di wajah pada setiap pagi sebaik sahaja bangkit tidur. Begitu juga setiap malam sebelum tidur, untuk mengurangkan bengkak kantung mata dan pori-pori terbuka.   Artikel berkaitan: Diari Cantik: Inarah Sofiya   Kredit teks: Marini Mat Zain Gambar: Instagram Parisa Ardina Dadashpour