Dior & Jennifer Lawrence Melanggar Batasan Stereotaip Identiti Jantina
See Also

Gambar Brigitte Lacombe
"Under this mask, another mask. I will never finish removing all these faces," merupakan petikan daripada artis, jurufoto, dan pengukir Perancis Claude Cahun yang merupakan seorang individu unik dan enggan tunduk kepada batasan stereotaip jantina yang ditetapkan pada zamannya.
Keberanian dan keunikan Cahun juga merupakan pencetus utama Maria Grazia Chiuri apabila dia menemui hasil karya fotografi Cahun yang seringkali menampilkan dirinya dalam situasi yang mempersoalkan identiti dan juga jantina yang telah ditetapkan. Mengaburkan barisan antara maskulin dan feminin dalam karyanya membuatkan Grazia Chiuri juga terinspirasi untuk mencuba teori ini sendiri dan mencabar pandangan umum dengan koleksi Dior Luruh 2018 .
Baby D

Gambar Maxime Poiblanc
Baby D
Meminjam bakat dan karisma yang ada pada aktres dan juga muse Dior, Jennifer Lawrence juga lazim dengan personalitinya yang sering mencabar batasan jantina pada era moden ini. Dengan penampilannya yang sering berubah, ibarat memainkan watak dalam filem, Lawrence menjiwai semangat sebenar koleksi Luruh 2018 ini. Dengan bantuan jurufoto Brigitte Lacombe, kempen Dior Luruh 2018 berjaya dihidupkan sebati dengan aliran pandangan Cahun.

Gambar Brigitte Lacombe
Dengan ceraian yang menggabungkan fabrik maskulin dengan siluet feminin, Dior mengangkat tinggi kebebasan yang ditawarkan fesyen untuk individu yang idamkan kebebasan tanpa batasan untuk menerokai dualiti sifat maskulin dan feminin.
“Saya ingin mengurai ketepatan asas dan bahan yang digunakan untuk pakaian lelaki. Saya mencari cara untuk mempamerkan legasi Christian Dior yang paling jarang diterokai dengan menggunakan fabrik maskulin, jaket, kot, dan kemeja dengan garisan rapi,” ujar Grazia Chiuri.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
