GLAM Pick: ‘Best Look’ Untuk Karpet Merah Anugerah Golden Globe 2017
Michelle Yeoh Pilih Barang Kemas Cartier Ke Met Gala 2023
Pelitup Muka, But Make It Fashion
Seleksi Kaca Mata Vintaj Wardrobe Anda Perlukan Musim Ini
Fesyen Hebat Met Gala 2015

Don’t Stop the PARTY! Valentino Kembalikan The Party Collection 2022.

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
HADIAH BUAT YANG TERISTIMEWA

Tambahan lagi, dunia Valentino Untitled dilawati semula dan bergelar “Black Untitled”. Manakala cetakan arkib diadaptasi lebih bertenaga. Sulaman kekal menjadi fokus utama, dengan jahitan pakaian siang yang sofistikated dalam sebuah energi yang segar dan nada yang lebih rileks melalui kemewahan floral dan labuci. 

Semarak musim percutian diteruskan dengan servis istimewa Valentino Post office, yang mana terdapat rangkaian poskad khas Valentino yang boleh dikirim kepada keluarga dan teman-teman tersayang. Layangkan ucapan istimewa buat mereka. Servis nota tulisan kaligrafi juga boleh dicuba, kirim ucapan buat penerima dalam seni tulisan kaligrafi yang akan diatur oleh Valentino sendiri. 

Bagi yang mahu menghadiahkan produk Valentino sebagai bingkisan, terdapat servis membalut hadiah menggunakan pembalut khas musim percutian secara percuma. Valentino juga menawarkan perkhidmatan penghantaran hadiah kepada penerima. Juga ambil tahu informasi mengenai polisi pemulangan dengan lebih lanjut sekiranya anda mahu memulangkan semula produk Valentino yang telah dibeli atas sebab-sebab tertentu.

Valentino The Party Collection 2022 akan tersedia di butik Valentino dan di Valentino.com bermula dari pertengahan November hingga akhir musim cuti. Semak Valentino the Party Collection 2022 di sini. Artikel berkaitan: Valentino Garavani Tan-Go, Sepatu Terhangat Musim Luruh 2022
2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse