Halloween 2017 Disambut Dengan Lebih Meriah Oleh Adele, Nicki Minaj & Ramai Lagi
H&M STUDIO Musim Bunga 2023 Pertaruh Gaya Maksimal
Empat Trend Wajib Cuba Dari Pentas Chanel Cruise 2024
Sambut Hari Kekasih Bersama Louis Vuitton
Talk Show Gucci Dengan Beg #GucciBeloved

Duchess of Sussex Meghan Markle Memilih Givenchy Oleh Clare Waight Keller

Disaksikan oleh jutaan mata serata dunia, Meghan Markle tiba di Gereja St. George, Istana Windsor dalam dress adi busana polos rekaan Clare Waight Keller, pengarah kreatif wanita pertama Givenchy, memeluk susuk tubuh Duchess of Sussex itu dengan sempurna. Dipadankan dengan vel berukuran lima meter rekaan Givenchy juga, tiara Order of Splendor yang dipinjamkan oleh Ratu Elizabeth, dan juga sepasang anting-anting berlian Cartier untuk menyempurnakan look raja seharinya (well in her case it is every day).

 

Gambar Neil Hall/UPI Photo via Newscom

Menampilkan leher baju dengan potongan bateau, leretan panjang yang disokong oleh underskirt sutera organza. Rekaan khas Givenchy ini juga menandakan langkah pertama Waight Keller sebagai pengarah kreatif rumah fesyen tersebut.

 

Menurut informasi daripada pihak istana kepada BoF, Markle telah bertemu dengan Waight Keller sekitar awal tahun ini dan telah memilih untuk bekerjasama dengan pereka tersebut kerana estetiknya yang timeless dan elegan.

18 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar Neil Hall/UPI Photo via Newscom

18 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse