Bicara Landskap bersama Arkitek Landskap, Azry Fazamy
GLAM Deko Destinasi – Tanggam Design Centre
Tip Ruang Makan Ideal
Inspirasi Bridge Of Peace, Seni Bina Saloma Link Seindah Nama
Destinasi – Kualiti Premium Eropah Chesters Collection
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Kediaman > Eropah Moden

Eropah Moden

Penyelaras : Suhana Desa Teks : Nadia Zolkifli Arahan Seni : Afiq Khairudin Video : Dennis Kho   Dominasi palet monokrom, kelabu cerah bertemankan aksesori perak dan keluli legap tegar menguasai ruang-ruang yang ada di kediaman berstruktur teres tiga tingkat ini. Reka pelan ruang lantai di aras bawah kediaman; dipecahkan kepada dua bahagian ruang tamu, ruang makan utama, dapur kering dan basah dan bilik tetamu. “Laurea dipertanggungjawabkan merias semula kediaman ini yang telah didiami selama setahun sebelum diubah suai. Kami tidak mengubah langsung struktur asal kediaman kecuali di bahagian dapur kering, ruang parkir dan tangga,” beritahu pengasas jenama Laurea, Siti Hawa Ismail.