Idea Eksentrik Penuh Makna John Galliano Untuk Maison Margiela
Balmain Melantik Antonin Tron Sebagai Pengarah Kreatif Baharu
Seragam Olimpik Terbaik Di Sukan Olimpik Paris 2024
Kempen Istimewa Zadig & Voltaire Dibintangi Bella dan Anwar Hadid
Lima Item Fesyen Yang ‘GLAM-APPROVED’

Estetika Eyewear by Gucci Ilham Generasi Millenial

Rencana Tajaan GUCCI
 

Tiap kali penggemar fesyen bersiap untuk ke mana-mana sahaja, pastinya kaca mata hitam menjadi pilihan pelengkap look mereka. Tidak kira sama ada gaya minimal yang dipadankan dengan kaca mata berelemen dramatik atau sebaliknya pula stail yang lebih daring dipadankan eyewear rekaan lebih minimal, paling penting tercipta gaya penuh keseimbangan jitu.

 
Advertisement

Sudah menjadi kelaziman dalam dunia Gucci dan juga visi Alessandro Michele yang terkenal dengan estetika eksentriknya memberikan tumpuan yang sama kepada koleksi kaca mata mereka seperti mana koleksi pakaian mereka juga.

 

Selain signatur Gucci dengan gabungan legasi dan kedekatan, Michele juga memastikan setiap pasangan kaca mata disulam sekali elemen gender neutrality, romantisisme, perhiasan eksentrik, dan daya reka yang edgy.

 

"Dalam visi kreatif Alessandro Michele, sebuah taman yang bukan sahaja dipenuhi flora dan fauna, malah tanda-tanda, simbol, dan archetypes yang memberikan gambaran dunia yang jauh dan menarik."

 
Advertisement

Ibarat seorang ahli kimia, Michele menggabungkan setiap elemen, sekecil zarah pun, untuk mencipta Gucci yang dikenali hari ini.

 

Imbasan dan kilauan, bentuk-bentuk abnormal, volume dramatik, dengan sentuhan drama untuk menghasilkan koleksi kaca mata yang bisa membuat statement unggul dan tersendiri.

2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse
Advertisement
2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse