Estetika Peranakan Teras Jiwa Koleksi Innai Red
Mengambil inspirasi daripada stail golongan wanita Cina Penang dahulu kala, Innai Red telah tampil dengan koleksi terbaru mereka bersempena Tahun Baru Cina yang menggabungkan elemen budaya dan fesyen untuk menghasilkan koleksi serba moden yakni Lady Jade.

Tona yang ditetapkan buat koleksi ini adalah penyatuan potongan dan corak Barat dengan kelembutan perincian Timur untuk memberikan nafas baru dan pada masa yang sama mengekalkan estetik budaya tersebut.

Koleksi 10 ceraian ini menampilkan beberapa cheongsam dan juga qipao yang diberi sentuhan signatur Innai Red seperti ropol, perincian manik, organza jarang peekaboo, dan potongan peplum yang merupakan kepakaran rumah fesyen ini. Untuk melengkapkan oda kepada budaya unik ini, setiap ceraian turut menampilkan butang Cina buatan tangan.
Limpahan rona warna juga merupakan salah satu titik utama koleksi ini; daripada rona pastel kepada rona yang berani untuk membenarkan si pemakai bermain dengan setiap rona warna dan supaya senang dipadankan mengikut citarasa mereka sendiri.
Apa yang eksklusif tentang koleksi ini adalah hanya lima ceraian sahaja dihasilkan untuk setiap satu daripada koleksi ini jadi jika anda berminat dapatkannya sekarang sehingga 17 Januari ini!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya Anda?
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis Vuitton Color Blossom
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk Haruman
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
Apr 21, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!
Apr 21, 2026

