Loading media...

Unable to load content
‘Saya Tidak Dapat Menahan Air Mata…Namun Ia Tangisan Kegembiraan…’ Rihana Petra Tetap Bersyukur Walaupun Diceraikan
Kempen Coach Dibintangi Yuna Dirakam di Kuala Lumpur
Here Comes The Summer
Perunding Fesyen Diraja Victoria Beckham Buat Meghan Markle
Live Streaming: Moschino Fall 2020
Home > Fesyen > Minggu Fesyen > MFW > Evolusi Tenaga Dan Gerakan

Evolusi Tenaga Dan Gerakan

Daniel Lee di Bottega Veneta sudah cukup selesa kerana selepas hanya setahun duduk di kerusi Pengarah Kreatif, keuntungan jenama ini melonjak bersih. Bermula dengan pelancaran beg koleksi Pouch yang menjadi sambaran semua orang popular di media sosial, tidak hairanlah koleksi baru yang dipertontonkan pada Minggu Fesyen Milan menjadi fokus ramai editor fesyen. Himpunan musim luruh 2020 memberi fokus kepada wanitanya untuk mencari nilai identiti sendiri. Daniel Lee menyajikan gaya yang lebih bersih serta memberi fokus pula pada seni ikonik Bottega Veneta yakni intrecciato. Maka dapat dilihat pada penggunaan hampir semua beg yang dipersembahkan.

Membawa dimensi kejutan baru dalam koleksi ini adalah penggunaan rona pop seperti hijau kiwi dan merah yang bertentangan dengan gabungan palet hitam. Bajunya pula diperbuat menggunakan fabrik elastik supaya dapat memberikan satu gerakan yang lebih bebas pada wanita. Ada juga gubahan busana kait  yang dimadukan bersama pilihan kot-kot yang sharp!