F is for… Landasan Digital Terbaru Fendi Untuk Generasi Milenial
Fendi baru-baru ini telah melancarkan sebuah landasan digital terbaru yang diberi nama ‘F is for...’ yang menyasarkan golongan milenial oleh milenial.
‘F is for…’ telah dihaislkan dengan menggunakan generasi milenial di Fendi sendiri dan menampilkan beberapa kategori ‘F’ yang berbeza seperti: Freaks (puak baru), Fulgore (fesyen baru), Faces (mereka yang terlibat), Freedom (pengalaman mereka) dan Fearless (suara revolusi).
Taktik terbaru mereka ini juga merupakan landasan untuk generasi milenial berkongsi cerita, foto, suara-suara belia yang inginkan sesuatu yang baru, di mana fesyen bertemu dengan seni baru, budaya, muzik, dan lebih lagi.
Sewaktu majlis pelancaran ‘F is for…’ di Fulton Market Building, New York, mereka telah menjemput beberapa nama besar untuk memeriahkan lagi majlis tersebut dengan kehadiran Joan Smalls, Kendall Jenner, Bella Hadid, Presley Gerber, Hailey Baldwin, dan beberapa lagi milenial ternama.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
Apr 17, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemandu E-Hailing
Apr 17, 2026
10 Makanan Tambahan Kaya Dengan Magnesium
Apr 16, 2026
5 Destinasi Percutian Terbaik Bersama Ibu Tercinta
Apr 15, 2026
Percutian Kolonial Tropika Di The Danna Langkawi
Apr 15, 2026

