Loading media...

Unable to load content
Momen Terindah di Sesi Masterclass Eksklusif GLAM X Lancôme Absolue
Lisa Blackpink Adalah Wanita Tercantik Di Asia, Ini Fakta Mengejutkan Tentang Dirinya
Cara Mudah Dapatkan Kulit Mulus Yang Sihat dan Berseri
Selebriti Terkenal Hollywood Yang Memiliki Bisnes Beauty Line
10 Idea Set Hadiah Penjagaan Kulit Wajib Miliki
Home > Cantik > Fenomena Pembedahan Plastik di Malaysia

Fenomena Pembedahan Plastik di Malaysia

T53647644_MaxGambar: TPGVIP

 
Persoalan tabu yang sering mengganggu setiap benak fikiran wanita. Yang memahami apa itu pembedahan plastik pasti sudah lali dengan prosedur mengubah penampilan sedia ada jadi lebih baik. Ada kerana setiap orang punya idea yang berbeza tentang apa jua perkara, termasuklah yang satu ini. Mulanya, saya juga kurang arif tentang isu ini, namun setelah membuat rujukan di internet juga berpeluang berjumpa dengan pakar pembedahan dan juga menemubual pesakit mendapatkan testimoni, minda makin terbuka menerima fenomena pembedahan plastik di Malaysia. Barulah saya menilainya kepada satu perspektif yang lain.
 
Teringat kala di korea, kemana sahaja saya pergi ada sahaja manusia yang berbalut. Ada yang berbungkus di kepala, di rahang dan ada pula bertampal hidung dan mata. Semuanya melakukan pembedahan plastik. Satu-satunya sebab wanita mahupun lelaki memilih melakukan pembedahan kosmetik adalah untuk memperbaiki penampilan tubuh dan meningkatkan keyakinan diri. Seperti cerita-cerita yang sering terpampang di timeline Facebook yang kian gian membezakan wajah sebelum dan selepas pembedahan diikuti cerita di sebaliknya.
 
Ada yang simpati, ada juga yang mengeji. Sekali lagi, terpulanglah kepada individu itu sendiri. Pasti anda tahu, pembedahan kosmetik adalah agak berbeza daripada pembedahan rekonstruktif yang biasanya dilakukan sebagai tindak balas kepada trauma, kecacatan atau penyakit dan bertujuan untuk meningkatkan fungsi atau menonjolkan penampilan sebelumnya. Of course, wanting to look good is a common goal.
 
Oleh: Nisa’ Halid