NYFW: Hari Pertama
Nuansa Nada Klasik: Himpunan Kurasi Daiyan Trisha Bersama Clarks Malaysia
GLAM kongsi Berlian Mewah Terbaik Untuk Anda Miliki
Billie Holiday Dibaluti Busana Ilham Miuccia Prada
Hailey Bieber Beri ‘Hint’ Trend Fesyen That Will Influence You!
Home > Fesyen > Fenty x Puma oleh Rihanna Dinobat Shoe of The Year 2016

Fenty x Puma oleh Rihanna Dinobat Shoe of The Year 2016

Kolaborasi bersama Rihanna senantiasa membawa karma baik! Lihat Dior, dan baru-baru ini, Puma!     Hasil titik peluh kolaborasi Rihanna bersama Puma yakni sepatu jenama Fenty kini merangkul anugerah Kasut Terbaik 2016 oleh Footwear News. Kasut yang dikatakan itu mengikut reka bentuk creepers iaitu sneakers berplatform. Berunsurkan estetik “emo” dan edgy bersama ciri-ciri designer, dikeluarkan secara terhad dan habis sejurus ia diumumkan kepada awam! Pengaruh Rihanna terbukti sangat besar!   Tahun lepas, anugerah ini diberi kepada Kanye West akan kehangatan sambutan sepatu Adidas Originals Yeezy 350 Boost. Penyanyi berasal Barbados itu tersenarai bersama pemenang bagi kategori lain, termasuklah Paul Andre, Iris Apfel, Aldo Bensadoun dan Mark King dari Adidas.   Tahniah, Riri!   Oleh: Aizat Azman Shah