Ini Kisah Fesyen Gaya Era Regency Dalam Siri Ketiga Bridgerton
Gosip terhangat daripada Lady Whistledown kepada pembacanya kembali di dalam musim ketiga drama bersiri Bridgerton.
Siri ketiga drama Netflix ini kini menceritakan tentang Penelope Featherington (Nicola Coughlan) dan anak lelaki ketiga Bridgerton, Colin Bridgerton (Luke Newton). Penelope dan Colin yang sudah menjadi sahabat baik akhirnya jatuh cinta dengan satu sama lain di dalam drama bersiri ini.
https://www.instagram.com/p/C6EWgzoP8Ui/
“Untuk musim ini, kami sebenarnya cuba untuk membuatkan pakaian-pakaian ini kelihatan seperti sebuah lukisan atau sebuah taman. Kami menggunakan banyak roan ombre daripada cerah ke gelap.” Ujar Glaser tentang inspirasi pakaian untuk musim ketiga Bridgerton. “Bagaikan bunga dan musim yang bertukar warna, kami mahu ia kelihatan seperti lukisan yang lembut,” ujar Glaser lagi.
Gaya Fesyen Drama Bersiri Bridgerton
Selain daripada kisah cinta Penelope dan Colin, salah satu perkara menarik dalam rancangan ini ialah fesyen dan gaya regency di dalam drama bersiri tersebut. Seperti filem seperti Pride and Prejudice (2011) dan Jane Eyre (2011), Bridgerton juga berkisahkan tentang zaman dari tahun 1795 hingga 1837. Tetapi, jika dibandingkan dengan dua filem tersebut yang gaya fesyennya lebih fokus kepada rona neutral atau putih, Bridgerton memaparkan gaya fesyen yang lebih berwarna-warni. Gaya fesyen watak utama pada musim ketiga, Penelope, menampakkan perubahan yang besar jika dibandingkan dengan musim pertama. Penelope kelihatan lebih berani menggunakan rona-rona yang menaikkan lagi seri mukanya. Pereka pakaian siri ini untuk musim ketiga, John Glaser, menukar jenis fabrik dan siluet yang lebih sesuai dengan kulit dan rambut Penelope.
“Untuk musim ini, kami sebenarnya cuba untuk membuatkan pakaian-pakaian ini kelihatan seperti sebuah lukisan atau sebuah taman. Kami menggunakan banyak roan ombre daripada cerah ke gelap.” Ujar Glaser tentang inspirasi pakaian untuk musim ketiga Bridgerton. “Bagaikan bunga dan musim yang bertukar warna, kami mahu ia kelihatan seperti lukisan yang lembut,” ujar Glaser lagi.
Gaya Georgian Pemaisuri Charlotte
Walaupun kesemua yang berada di zaman regency Bridgerton mempunyai gaya yang lebih moden, pemaisuri kesayangan negara itu masih lagi menggayakan busana daripada zaman Georgian. Contohnya korset, skirt kembang, dan rambut palsu yang besar. Terdapat beberapa andaian daripada peminat Bridgerton tentang gaya fesyen Permaisuri Charlotte. Kononnya, dek penyakit suaminya Raja George, Permaisuri Charlotte mahu suaminya mengenalinya dengan gaya Georgian itu seperti zaman mereka masih muda. https://www.instagram.com/p/C8aEFbJOyzz/?img_index=1 Setiap siri Bridgerton menceritakan kisah pencintaan daripada keluarga Bridgerton. Siri pertama menceritakan kisah cinta puteri sulung keluarga ini, Daphne (Phoebe Dyvenor) bersama Duke of Hastings Simon Basset (Regé-Jean Page). Siri kedua menceritakan kisah “enemies to lovers” putera sulung keluarga itu, Anthony (Jonathan Bailey) dan Kate Sharma (Simone Ashley) dan pada tahun ini, Colin menjadi tumpuan ramai bersama Penelope. https://www.instagram.com/p/C8KP3MDvKlx/ Gambar oleh: Netflix dan Instagram Bridgerton NetflixAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
