Loading media...

Unable to load content
It Couple Pilihan GLAM #MostGLAM2016
Lily James Cinderella Moden
Kempen Zayn Malik x Versus Versace Turut Dibintangi Seorang Hadid
Agenda Fesyen Kylie Jenner. GLAM Pilih Lima Stail Terbaik
Devil Wears Prada Akan Kembali, Jom Imbas Momen Ikonik Filem Fesyen Ini!
Home > Fesyen > Fesyen Rihanna Ketika Bersama Putera Harry

Fesyen Rihanna Ketika Bersama Putera Harry

Penyanyi terkenal Rihanna sering dikenali dengan gaya avant garde-nya yang tidak dapat dijangkakan tetapi baru-baru ini Rihanna telah meluangkan beberapa hari di Barbados (tempat kelahirannya) bersama Putera Harry bersempena dengan Barbados National HIV/AIDS Commission.

 

Sepanjang beliau di sana, Rihanna masih lagi mengekalkan imej wanita bergayanya akan tetapi dengan sedikit twist untuk disesuaikan dengan kehadiran Putera Harry (mungkin). Rihanna kelihatan sangat chic dengan gaya-gayanya tetapi masih lagi memastikan yang ianya adalah gaya Rihanna.

 

Kalau anda diberi peluang untuk meluangkan masa bersama kerabat diraja, mungkin anda boleh menggunakan Rihanna sebagai sumber inspirasi?

 

Pakaian pertama Rihanna merupakan rekaan pereka muda dari Massachusetts Matthew Adams Dolan di mana ini bukan pertama kali Rihanna mengenakan rekaan denim oversizednya. Rihanna memakai chambray asimetrikal berlengan panjang dengan bahagian pinggangnya berlipat.

 

 

Waktu malamnya pula, Rihanna mengenakan busana maxi labuh bercorak oleh Marni. Dengan kain yang berlipat dan lengan kembungnya yang sesuai untuk cuaca di sana, Rihanna juga memakai kasut tumit tinggi hitam yang kasual. Rihanna kelihatan sangat bersahaja dan seperti sedang bercuti.

 

Prince Harry visit to the Caribbean - 30 Nov 2016

 

Pakain ketiga Rihanna merupakan kemeja koton putih dan seluar high-waisted berkaki lebar oleh pereka dari Perancis Jacquemus. Gaya Rihanna seperti menyatakan ‘I mean business but I can still have fun’.

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid