Kempen Zayn Malik x Versus Versace Turut Dibintangi Seorang Hadid
Jika sebelum ini Gigi Hadid diberi tugasan sebagai jurutfoto untuk kempen Versus Versace yang dibintangi oleh teman lelakinya Zayn Malik dan model Adwoa Aboah, kali ini Malik bekerjasama dengan Bella Hadid pula.
Hadid dan Malik dilihat memperagakan 10 ceraian daripada koleksi kapsul Versus Versace yang direka oleh penyanyi itu buat pertama kalinya semenjak dia menerima tawaran sebagai pengarah kreatif jenama tersebut.
Koleksi ini membuktikan kemajuan dalam diri dan kerjaya Malik kerana sebelum ini Donatella Versace sendiri pernah menyatakan bahawa dia bukanlah peminat bekas kumpulannya.
Namun Versace mengubah pemikirannya mengenai Malik apabila dia melihat cara penyanyi tersebut melayan Gigi seperti seorang gentleman.
Malik sendiri menyimpan hasrat untuk menceburi industri fesyen dengan apa cara sekalipun dan impiannya direalisasikan dengan tawaran Versace ini.
Koleksi kapsul Zayn Malik x Versus ini boleh didapatkan di SINI.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

