Valentino Garavani Tan-Go, Sepatu Terhangat Musim Luruh 2022
#MFW-Selamat Tinggal Salvatore, Hello Ferragamo!
Towards The Sun
Protected: Alhambra: Simbol Bertuah Yang Dihidupkan Semula Dengan Sentuhan Emosi
10 Wanita Yang Memberi Impak Dalam Dunia Fesyen Untuk 2018

Fesyen Terbaik Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Lapan bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Raja Charles III akhirnya ditabal menjadi Raja Britain baru pada 6 Mei lalu.

Detik bersejarah Raja Charles yang berlangsung di Westminster Abbey disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi. Ini termasuk pemerintah tersohor dan kerabat Diraja dari seluruh pelosok dunia.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Raja Charles memecah tradisi dengan menggayakan persalinan moden yang ditempah khas untuk istiadat pertabalan. Baginda menyarung tunik berwarna merah, kemeja sutera rona krim dan celana Tentera Laut Diraja. Gayanya dilengkapkan dengan jubah vintaj yang dipakai datuknya, Raja George VI semasa pertabalannya sendiri pada tahun 1937.

Saat dimahkotakan, Raja Charles menyarung gaun putih Colobium Sindonis dan Supertunica emas sebelum dipakaikan Mahkota St. Edward berusia 362 tahun. Baginda kemudiannya meninggalkan Westminster Abbey dengan Mahkota Diraja Negara atau dikenali sebagai Imperial State Crown.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Glam himpunkan persalinan terbaik yang digayakan kerabat serta tetamu pada upacara pertabalan Raja Charles yang penuh bersejarah.

9 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Justin Trudeau & Sophie Trudeau

Perdana Menteri Kanada segak dalam sut hitam. Isterinya pula kelihatan manis dalam gaun Ted Baker rona merah senduduk berlengan jarang.

Foto: Getty Images

9 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse