10 Gaun Perkahwinan Diraja Unik Dari Seluruh Dunia
Gaun perkahwinan Diraja sentiasa mencuri tumpuan terutama yang klasik dan tidak menampilkan warna klise.
Rona putih merupakan pilihan tradisional buat kebanyakan negara, namun ada juga kerabat Diraja lain yang menggayakan gaun perkahwinan rona terang pada hari bersejarah mereka.
Baca: 5 Selebriti Yang Menyarung Gaun Perkahwinan Sendiri Ke Acara Hiburan
Lihat beberapa gaun perkahwinan Diraja menawan yang disarung puteri dan permaisuri dari pelbagai negara
Puteri Ayako
Puteri Jepun ini menyarung kouchiki merah – jubah berlengan panjang dan lebar – bersama celana kembang naga-bakama rona coklat ketika berkahwin dengan pekerja firma perkapalan, Kei Moriya pada 2018. Dia melepaskan status Diraja dan kini dikenali sebagai Ayako Moriya.
Foto: AP
Permaisuri Jetsun Pema
Permaisuri Bhutan ini merupakan rakyat biasa sebelum berkahwin dengan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dalam upacara tradisional Buddha. Mereka disatukan sebagai suami isteri di Punakha Dzong di ibu kota purba Bhutan, Punakha pada 2011.
Foto: AFP
Puteri Lalla Salma
Ketika berkahwin dengan Raja Mohammed VI, bekas jurutera ini memecah tradisi lama yang menyembunyikan wajah isteri kerabat Diraja Maghribi. Pasangan itu disatukan di Istana Diraja Rabat di ibu kota pada 2002.Foto: Getty Images
Permaisuri Letizia
Permaisuri Sepanyol memilih gaun perkahwinan rekaan Manuel Pertegaz untuk disarung pada hari bahagianya dengan Raja Felipe pada 2004. Gaunnya menampilkan kolar yang disulam dengan fleur-de-lis dan gandum – simbol Diraja Sepanyol.
Foto: Reuters
Puteri Mahkota Marie Chantal
Gaun perkahwinan puteri Greece ini menampilkan tampal hias dan perincian bertekstur. Gaun rekaan Valentino ini terdiri daripada korset renda dan skirt sutera gading. Puteri Marie berkahwin dengan Putera Mahkota Pavlos pada 1995.
Foto: Reuters
Puteri Gusti Kanjeng Ratu Hayu
Puteri kepada Sri Sultan Hamengkubawono X dari Yogyakarta, Indonesia ini mengenali suaminya, Puteri Notonegoro selama 10 tahun sebelum diijabkabul. Perkahwinan mereka yang berlangsung pada 2013 diraikan selama tiga hari.Foto: Getty Images
Puteri Ariana Makonnen
Ketika berkahwin dengan Putera Joel Dawit Makonnen dari Ethiopia, bekas penulis Amerika Syarikatini menyarung gaun Lazaro rekaan Cheryl Lofton, pereka yang menghasilkan pakaian Michelle Obama. Mereka melangsungkan perkahwinan di Washington, DC pada 2017.Foto: Dotun Ayodeji
Puteri Claire
Puteri Luxembourg tampil persis dewi dalam gaun perkahwinan daripada pereka Elie Saab. Bekas penyelidik bioetika dari Jerman ini berkahwin dengan Putera Felix pada 2013.
Foto: Getty Images
Puteri Noor
Puteri Jordan ini tampil berseri dalam gaun sarat manik ketika disatukan dengan Putera Hamzah bin Hussein pada 2003. Mereka bercerai pada 2009 dan kini telah pun menemui pasangan hidup masing-masing.Foto: Getty Images
Puteri Nathalie
Gaun perkahwinan puteri Denmark ini direka oleh pereka tempatan, Henrik Hviid. Gaun organza satin gading dan organza suteranya dihiasi dengan korset yang diperbuat daripada tampal hias dengan perincian sepadan di bahagian hadapan. Puteri Nathalie berkahwin dengan Alexander Johannsmann pada 2010 namun bercerai selepas 12 tahun.
Foto: Getty Images
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
