8 Wanita Paling ‘STYLISH’ 2022, dari Doja Cat, Rihanna ke Taylor Russell
GLAM MEMILIH LAPAN WANITA YANG MENCETUS MOMEN FESYEN TERBAIK SEPANJANG 2022. THEIR 2022’S STYLES ARE PHENOMENAL.
DOJA CAT
Doja Cat adalah salah seorang dari 8 wanita yang kami rasakan paling bergaya 2022. Doja Cat mendominasi fesyen sepanjang tahun 2022. Satu demi satu lagunya muncul hit, dan pada masa yang sama, Doja Cat berkarya melalui penampilannya. Stail Doja Cat penuh warna dan eksentrik. Seringnya tampil memukau dengan permainan ‘color-blocked’ yang dia ciptakan dari pelbagai rekaan dan jenama. Dipadukan dengan solekan dan dandanan rambut yang dramatis, sendiri dengan mengenakan konsep fesyen yang berlainan pada setiap penampilan. Rantai, gelang, wig dan sepatu unik yang dipakai Doja menyalakan energi yang terpancar, bergerak selaras dengan karakternya. Selera fesyen Doja yang tersendiri, telah memikat banyak pereka fesyen untuk bekerjasama dengannya. Balenciaga, Coach, dan Versace antara stail pilihan Doja pada tahun ini.
RIHANNA
Do we need to say more about Rihanna’s style this year? Rasanya, dalam kesemua momen fesyen Rihanna, her pregnancy’s style are the best. Bermula dengan kemunculan epiknya di minggu fesyen Milan, kemudian ke Paris untuk acara Off-White dan Dior (mengenakan gaun jarang hitam Dior), tidak cukup ikonikkah? Fesyen ibu mengandung Rihanna bukan sekadar itu, ia turut menyelit mesej ‘embrace & love your body’, yang mana menginspirasikan kaum wanita sedunia! Setelah melahirkan anak, Rihanna muncul dalam muzik video baharu dan tampil dalam rekaan Rick Owens sewaktu menghadiri majlis filem Black Panther 2.

HUNTER SCHAFER
Pelakon dan aktivis, Hunter Schafer adalah muse kepada kebanyakan orang fesyen, termasuklah Miuccia Prada. Kemunculan Hunter Schafer dalam fesyen bukan biasa-biasa. Dia telah memberi inspirasi kepada kebanyakan anak muda, apalagi wajahnya mewakili golongan LGBTQ+ dan perkara tersebut memberi makna yang besar kepada mereka. Stail Hunter Schafer adalah yang terkini, secara tak langsung membentuk karakter gaya buat generasi baharu khasnya. Pengaruh fesyen Hunter tidak dinafikan lagi, apabila menyaksikannya membarisi baris hadapan acara fesyen, seperti Schiaparelli. Dia juga muncul dalam rekaan ikonik Prada di MET Gala 2022.

KIM KARDASHIAN
2022 adalah tahun Kim Kardashian paling aktif berfesyen. Menjelang musim fesyen, tentu sahaja Kim tampil unik dan berbeza-beza. Minggu fesyen juga Kim giat menghadiri pertunjukan fesyen, dan tak cukup dengan itu memunculkan beberapa kolaborasi fesyen, seperti CIAO KIM (bersama Dolce & Gabbana), Balenciaga dan beberapa lagi. Tetap setia pada gayanya yang ‘trendy’, boleh dikatakan tahun ini, Kim hanya menggayakan rekaan Balenciaga. ‘Pant boots’, bodysuit dan ‘skin tight dress’ ilham Balenciaga menjadi tata gaya kesukaan Kim. Cukup serasi dengan stail Kim yang terkini. Satu lagi sejarah tercetus oleh Kim apabila menyarung dress ikonik milik Marilyn Monroe sewaktu ke MET Gala 2022. Itulah Kim yang sekarang, dia bijak menata gaya dan tidak terduga.

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


