Tampilan Gaya Selebriti Di After Party Met Gala 2025
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioGLAM tidak terhenti di acara karpet merah kerana after party Met Gala 2025 adalah yang seterusnya! Malam penuh glamor menyaksikan para selebriti tampil lebih bebas dan bergaya, meraikan malam fesyen terbesar yang dihadiri seperti Kendall Jenner, Jennie Kim, Rihanna, A$ap Rocky, Zendaya dan ramai lagi.
Selepas malam penuh gemerlapan di permaidani merah Met Gala 2025, dunia fesyen tidak berhenti bernafas malah berterusan ke malam yang lebih intim dan eksentrik. Jika acara utama menyaksikan selebriti mengangkat tema “Superfine: Tailoring Black Style” dengan elegan dan bergaya, after party Met Gala pula menjadi pentas untuk penampilan yang lebih bebas, eksperimental dan penuh personaliti. Malam itu bukan sekadar perayaan gaya, tetapi juga sebuah penghormatan kepada keberanian berekspresi, ketika selebriti memilih untuk mengabaikan norma dan tampil dengan identiti sebenar mereka sambil meraikan.

Fesyen Terus Menyala di After Party Met Gala 2025
Daripada fesyen yang ekstravaganza hingga ke sut rekaan khas, himpunan fesyen di after party Met Gala memperlihatkan kepelbagaian estetika yang lebih tersendiri. Beberapa selebriti yang tampil memukau termasuk Zendaya yang beralih daripada busana serba putih gading, kemudiannya hadir dengan busana merah burgundy yang berketerampilan elegan dan glamor. Selain itu, Sabrina Carpenter mencuri tumpuan dengan kot bulu berona kuning terang daripada Louis Vuitton, turut diperlihatkan hadir bersama-sama dengan Jenna Ortega yang tampil bergaya dengan bodysuit blazer yang memberi sentuhan segar kepada fesyen feminin maskulin. Namun, penampilan Kendall Jenner yang cukup chic berbusana ikonik daripada Thierry Mugler pula, nyata mencetuskan bualan terhangat di media sosial.
After party Met Gala 2025 menjadi bukti bahawa fesyen bukan sahaja untuk dilihat, namun ia adalah ruang di mana selebriti tidak hanya menyambung malam dengan tarian dan muzik, tetapi juga mempersembahkan gaya yang lebih intim dan tersendiri. Daripada pentas rasmi ke ruang peribadi, mereka mengukuhkan hakikat bahawa fesyen adalah tentang identiti, kebebasan serta keseronokan. After party bukan hanya penutup kepada malam fesyen yang bersejarah, tetapi sambungan kepada naratif gaya yang tidak pernah pudar.
1. Kendall Jenner

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
