fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Naga & Makhluk Asing Antara Elemen Anda Boleh Dapati Belakang Pentas Minggu Fesyen Milan
Gaya British di BAFTA Television Awards 2015
Heidi Klum Tidak Dimamah Usia
Fesyen Karpet Merah NAACP Image Awards 2024
Zoë Kravitz, Janelle Monáe & Elle Fanning Membintangi Kempen Tiffany & Co.
Home > Fesyen > Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!

Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!

Musim terkini tiba dengan mekar sekali. Koleksi musim Bunga/Panas 2026 membawa satu nuansa manis pada himpunan aksesori seperti hembusan moden pada seleksi klasik, debut yang menawan, kasut tumit yang memberi langkah menggoda dan kasut sneakers yang cukup segar! Ini adalah taruhan fesyen yang dinanti-nantikan oleh para pencinta fesyen dan semestinya hanya alamat ini yang perlu dilewati yakni Pavilion Kuala Lumpur, sebuah syurga membeli-belah unggul di kota ini

Take A Bow

pavilion kl

Pertama kali diperlihatkan di pentas Dior Spring/Summer 2026 karya Jonathan Anderson, beg Dior Bow tampil sebagai simbol harmoni antara kelembutan dan kekuatan. Siluetnya yang unik, diinspirasikan daripada bentuk reben yang anggun, memberi sentuhan misteri yang memikat namun penuh karakter. Direka dengan versatiliti moden, beg ini boleh digayakan sebagai tas bahu yang chic atau dibawa sebagai klac untuk penampilan yang lebih refined. Palet warnanya pula menggoda, daripada kuning buttercup yang ceria, merah jambu lembut yang romantis, hingga putih latte yang elegan.

Temui rona pilihan anda di butik Dior, Lot 3.10.00, E3.10.01, 3.11.00 & 3.11.01, Aras 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Beg Dior Bow, Dior

Buzzworthy Bling

Berpaling kepada siluet lebah dan sarang madu ikonik daripada Chaumet untuk menyuntik sentuhan elegan pada gaya anda musim ini. Menggabungkan permainan volum yang berani, motif statement serta variasi rona emas yang mempesona, koleksi cincin Bee de Chaumet menyerlahkan keseimbangan antara keanggunan klasik dan estetika moden. Sama ada dalam emas putih mahupun emas mawar, atau dihiasi dengan kilauan berlian potongan brilliant bertatah pavé, setiap rekaan menjanjikan sofistikasi yang tidak lapuk dek waktu sekaligus sempurna melengkapi sebarang penampilan, siang atau malam.

Temui padanan sempurna anda di butik Chaumet, Lot 2.31.00, Aras 2, Couture Pavilion

Cincin Bee De Chaumet, Chaumet

Shoulder Chic

Walaupun Hermès Birkin dan Hermès Kelly kekal sebagai ikon agung, dunia beg Hermès sebenarnya jauh lebih luas daripada siluet-siluet ikoniknya. Memperkenalkan Hermès So Kelly iaitu beg gaya bucket yang memancarkan keanggunan santai dengan sentuhan rapi yang tersendiri. Rekaannya yang slouchy dan penuh fungsi diperkemaskan dengan perkakasan Kelly yang menjadi signatur, bersama tali boleh laras untuk keselesaan maksimum. Bahagian dalamnya pula cukup luas, lengkap dengan poket zip dan slip sekaligus menjadikannya bukan sahaja sarat dengan gaya tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian mahupun berpergian.

Anggap ini sebagai momen untuk memperluaskan horizon gaya anda bersama Hermès, Lot 2.27.01, 2.27.02 & 3.29.00, Aras 2 & 3, Couture Pavilion

Beg Sac Kelly hobo mini, Hermès

Travel Teddy

Ada aksesori yang datang dan pergi, namun charm beg yang tepat mampu menjadi ikon gaya yang kekal bersama sentuhan artistik bagi menyerlahkan penampilan musim ini. Daripada Burberry, Thomas Bear charms tampil sebagai maskot penuh karakter untuk menghiasi beg kegemaran anda, bersahaja, penuh fantasi, dan sarat dengan warisan kraf Maison. Disarungkan dengan kot trench ikonik Burberry atau parka kapas dengan trim faux fur yang diinspirasikan daripada helaian di pentas runway, setiap figura plush buatan tangan ini memancarkan pesona yang unik serta kehalusan perincian.

Temui koleksi ini di butik Burberry, LOT 2.16.00 & 3.18.00, Aras 2 & 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Loket Thomas Bear, Burberry

Edgy Elegance

DeGem bukan sekadar destinasi cincin perkahwinan. Ia adalah dunia barang kemas yang menanti untuk diterokai. Daripada rekaan harian yang berkilauan hingga ekspresi mewah yang bersahaja, setiap helaian direka untuk meraikan pelbagai momen dalam hidup anda. Salah satu yang mencuri tumpuan ialah DeGree18K Yellow Gold Diamond Carabiner Bangle yang memancarkan pesona rapi dengan susunan berlian bulat semula jadi yang berkilau, setiap satu diset dengan teliti bagi menyerlahkan lengkungan yang harmoni dan mempesona.

Temui hadiah abadi yang mencabar konvensi sambil meraikan kekuatan yang tenang dan penuh keyakinan di butik DeGem, Lot 3.01.11, Aras 3, Fashion Avenue

Gelang Tangan DeGree 18K Yellow Gold Diamond Carabiner, DeGem

Icon, Reinvented

Balenciaga Le City adalah simbol gaya yang sentiasa berevolusi, kini diberi sentuhan baharu oleh Pierpaolo Piccioli. Ditawarkan dalam saiz mini, medium dan besar, siluet ikoniknya kekal praktikal buat gaya harian dengan sentuhan edgy yang tersendiri. Pilihan kami terarah kepada saiz medium dalam rona hitam, diperbuat daripada suede calfskin dan kulit licin, diperkaya dengan perkakasan rona emas berunsur aged yang menambah elemen sofistikated. Versatil dan sentiasa relevan, tas ini adalah pelengkap gaya yang akan anda capai berulang kali.

Seleksi pelbagai lagi rekaan di butik Balenciaga, Balenciaga, Lot 2.13.00 & 3.15.00, Aras 2 & 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Beg Le City, Balenciaga

Absolutely Fabulous

Seiring pertukaran musim, suntingan pilihan kami turut berevolusi namun ada nama yang kekal menjadi ikonik. Manolo Blahnik bukan hanya menghasilkan kasut tetapi mencipta seni yang boleh dipakai yang terus relevan dari musim ke musim. Fabula boot tampil sebagai antara rekaan yang mencuri perhatian diolah dalam kulit nappa merah dan putih yang mewah. Siluet hujung almondnya diserlahkan dengan rekaan patchwork berani perincian tepi hitam yang tajam serta zip belakang yang kemas. Dilengkapi dengan tumit rendah berkelopak khas, ia hadir sebagai statement piece yang membawa anda dengan mudah dari satu acara ke acara yang lain.

Dapatkan saiz sempurna anda di Manolo Blahnik Lot 2.43.00 Aras 2, Pavilion Kuala Lumpur.

Kasut But Fabula, Manolo Blahnik

Timeless Beauty

Sebuah mahakarya dalam kemasan calfskin halus yang abadi, Alma Trunk BB menggabungkan keanggunan dan fungsi dengan begitu effortless. Diperindah dengan perincian berona emas yang berkilau, tas ini menampilkan padlock ikonik serta rantai dekoratif, sambil menghidupkan sentuhan warisan melalui rekaan berinspirasikan trunk klasik. Direka sempurna untuk melengkapkan keperluan harian anda, poket yang teliti memastikan setiap item kecil kekal tersusun rapi.

Temui teman kulit pilihan anda di Louis Vuitton, Lot 2.10.02, 2.11.00, S2.2.0, 3.12.00, 3.13.00, E3.13.00, 4.12.01, 4.12.02, Aras 2, 3 & 4, Pavilion Kuala Lumpur.

Beg Alma Trunk BB, Louis Vuitton

Your Very Own Signature

Celine mungkin terkenal dengan dominasi dalam dunia tas tangan, namun koleksi tali pinggangnya hadir sebagai sentuhan akhir yang sempurna untuk melengkapkan gaya anda. Direka dalam kulit Taurillon calfskin dan disempurnakan dengan kemasan yang memikat perhatian, tali pinggang ikonik ini mengangkat estetika konvensional dengan aura yang berani dan penuh karakter. Dilengkapi dengan gancu ikonik Celine berbentuk disk serta elemen logam campuran, perincian ini menyatukan fungsi praktikal dengan sentuhan rekaan avant-garde yang moden dan ekspresif.

Lengkapkan penampilan anda di Celine, Lot 2.18.00 & 3.20.00, Aras 2 & 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Tali Pinggang Celine Signature 18MM, Celine

For Every Occasion

Dikatakan bahawa sepasang kasut tumit tinggi yang tepat mampu memberi keyakinan untuk menakluki dunia, dan Jimmy Choo sentiasa menepati janji itu. Langkah penuh gaya hadir melalui Mimmi, direka dalam kulit Nappa verde dengan tumit kitten 50mm yang halus, diserikan perincian corsage renda potongan laser yang mengingatkan pada kelopak mawar yang sedang mekar. Malam penuh romantik, Faiz pump menjadi pilihan memikat dengan hujung berona emas berkilau serta lapisan renda mawar halus diatas fabrik halus yang elegan. Satu lagi rekaan ikonik ialah Scarlett 50 dalam kulit Nappa rona latte yang mentakrifkan semula sofistikasi dengan perincian corset ikonik serta tumit drop yang menjadi identiti tersendiri.

Langkahkan gaya anda ke pilihan seterusnya di Jimmy Choo, Lot 2.55.00, Aras 2, Pavilion Kuala Lumpur.

Kasut Faiz 100 rona hitam; Scarlett 50 rona white; dan Mimmi Slingback 50, semuanya Jimmy Choo.

Open Secret

Mari kita akui, beg Peekaboo ISeeU ialah pilihan tepat untuk tampil sofistikated dan effortlessly chic. Ikon sejak 2009, siluet ini kekal relevan hingga kini. Dihasilkan dalam kulit calfskin rona coklat mahogani dengan kemasan licin serta motif bunga kristal buatan tangan yang menambah sentuhan mewah. Lengkap dengan bahagian dalam suede, rekaan versatil ini mudah disesuaikan untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan gaya. Dilengkapi kunci twist ikonik, ia kekal sebagai helaian menonjol yang abadi.

Terokai di Fendi, Lot 2.19.00 & 3.21.00, Aras 2 & 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Kasut Peekaboo ISeeU, Fendi

Soaring High

Sebuah karya seni yang abadi, Bird on a Rock daripada Tiffany & Co. melambangkan keanggunan dan nuansa romantik yang tidak lapuk dek zaman. Diperkenalkan oleh Jean Schlumberger pada tahun 1965, rekaan ini menzahirkan simbol cinta yang penuh harapan dan ketinggian emosi. Kalung ini menampilkan gabungan halus emas kuning 18K dan platinum, menghasilkan permainan visual yang mewah dan memikat. Perincian burung yang halus serta struktur berukir menjadikannya tumpuan utama, disempurnakan dengan rantai boleh laras yang elegan untuk melengkapkan gaya malam yang sofistikated.

Raikan momen istimewa dengan karya ikonik ini di Tiffany & Co., Lot 2.17.00 & 3.19.00, Aras 2 & 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Rantai berloket Bird on a Rock by Tiffany dalam material platinum dan eras serta tatahan Berlin, Tiffany & Co.

Snazzy Steps

Ke mana sahaja hari anda membawa anda, pilihan utama tetap sama iaitu sneakers. Roger Vivier memperkenalkan Viv’ Zag sneaker sebagai jawapan kepada gaya harian yang bersahaja dan penuh fungsi. Direka dalam gabungan mesh dan kulit dengan gaya slip-on yang selesa, rekaan ini memudahkan peralihan dari siang ke malam tanpa kompromi pada gaya. Apabila senja menjelma, perincian gesper mini kristal berkilau serta lacing silang yang rumit memberi sentuhan glamor yang tidak dijangka, memastikan anda kekal chic tanpa perlu menukar pakaian.

Temui pilihan harian baharu anda di Roger Vivier, Lot 2.32.00 & 2.32.01, Aras 2, Couture Pavilion.

Kasut Viv’Zag, Roger Vivier

Quilted Perfection

Serikan gaya anda dengan akseosri yang lebih refined bersama Miu Miu. Matelassé small wallet hadir sebagai gabungan sempurna antara fungsi dan estetika, direka dalam kulit nappa mewah dengan motif matelassé bertekstur ikonik. Dilengkapi dengan satu ruang wang kertas yang luas, lapan slot kad serta dua poket zip di bahagian luar, ia memastikan semua keperluan anda tersusun dengan kemas dan mudah dicapai. Bahagian dalamnya disempurnakan dengan lapisan moiré yang mewah, menjadikannya lebih daripada sekadar dompet tetapi teman gaya untuk si modern muse.

Temui pilihan yang mencerminkan gaya anda di Miu Miu, Lot 2.44.00, 2.45.00 & 2.46.00, Aras 2, Pavilion Kuala Lumpur.

Dompet Matelassé kulit nappa, Miu Miu

Softly Does It

Bonia yang berasal dari Malaysia sudah mampu berdiri megah dengan jenama luar negara. Kerana tahap koleksi aksesorinya dalam beberapa tahun kebelakangan ini cukup luar biasa. Antara yang menjadi perhatian termasuk Mathile, Fallon, Hadley dan Venice yang masing-masing menampilkan karakter tersendiri. Salah satu yang mencuri tumpuan ialah Soleil, direka dalam siluet lembut kulit Nappa dengan perincian logo La Luna serta kemasan perkakasan brush gold yang elegan. Gaya ini bukan sekadar pernyataan fesyen tetapi juga praktikal, hadir dalam pelbagai warna dan material yang mudah disesuaikan dengan personaliti anda.

Terokai koleksi di Bonia, Lot 4.06.00, Aras 4, Pavilion Kuala Lumpur.

Beg Soleil shoulder, Bonia

Aksesori Trend Hangat Wajib Miliki!

CORPORATE SPRING

Gaya power dressing selayaknya mendapat lebih daripada pandangan sepintas lalu di cermin. Ia memerlukan aksesori “hero” yang menyerlahkan karisma diri anda. Aksesori yang tepat adalah titik pertemuan antara gaya peribadi dan kewibawaan profesional, dan kedua-duanya nampak lebih serasi bersama.

  1. Subang Serpenti, BVLGARI
  2. Tali pinggang 25MM, COACH
  3. Cermin mata hitam, CAROLINA HERRERA
  4. Cincin Clash de Cartier (emas putih), CARTIER
  5. Bekas kad dengan tali, MONTBLANC
  6. Beg bahu Panthea, VALENTINO GARAVANI
  7. Beg mini Wave, TOD’S
  8. Subang Flowerlace (emas kuning & berlian), VAN CLEEF & ARPELS
  9. Kasut Vara Bow, FERRAGAMO
  10. Kasut slingback, CHANEL
  11. Kasut balet, COS
  12. Beg mini Pinch, GIVENCHY
  13. Klip rambut, CHOW TAI FOOK

SPRING GARDEN

Sambil cahaya matahari memancar lembut di waktu petang, dunia fesyen beralih arah ke aktiviti luar. Beg rafia dalam rona madu neutral, motif kesegaran taman, dan palet warna bumi yang lembut bak padang rumput yang sedang mekar adalah penghormatan paling elegan musim ini buat hari yang dihabiskan di bawah sinaran matahari.

  1. Gelang tangan Diorette, DIOR
  2. Klip Ariana Firefly, SWAROVSKI
  3. Sandal bertumit Clémence, CELINE
  4. Charm rantai Caterpillar, LOEWE
  5. Cermin mata hitam, BVLGARI
  6. Sarung tangan, PRADA
  7. Skarf sutera empat segi Clover Allover, DIOR
  8. Topi bucket brim kecil Cannage Teddy-D, DIOR
  9. Beg rafia Cybill, AIGNER
  10. Cincin Scarabeo, LOEWE
  11. Kasut mule, CHANEL
  12. Beg Brillant Tempo S Allure (kulit anak lembu), DELVAUX
  13. Kasut sniker kanvas Alan, CELINE

GIRL OF SPRING

Daripada motif bunga-bungaan sehinggalah rona merah jambu yang melambangkan kewibawaan, aksesori musim ini adalah “surat cinta” buat keanggunan wanita yang tanpa kompromi, indah dan sepenuhnya mengikut acuan anda sendiri.

  1. Tali pinggang 25MM, COACH
  2. Gelang tangan Color Blossom, LOUIS VUITTON
  3. Cincin Frivole (emas merah jambu & berlian), VAN CLEEF & ARPELS
  4. Skarf sutera, COACH
  5. Beg klac Bridle, BURBERRY
  6. Beg malam kristal, GUCCI
  7. Charm bunga mawar, COACH
  8. Kasut bertali Cassia, CHRISTIAN LOUBOUTIN
  9. Kasut balet Cassiasticina, CHRISTIAN LOUBOUTIN
  10. Subang, FERRAGAMO
  11. Beg, ROGER VIVIER
  12. Cincin Clash De Cartier (emas merah jambu & kalsedoni merah jambu), CARTIER
  13. Cermin mata hitam, CELINE

Kunjungi pop-up Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 di Pavilion Kuala Lumpur.