Balenciaga Strikes Again Dengan Trend Kasut “Hodoh”
Diskusi tentang kewajaran Crocs dalam dunia fesyen sekali lagi menjadi hangat dengan kemunculan rekaan baru dari Crocs sendiri yakni Crocs bertumit tinggi yang menjadi kegilaan ramai sehingga habis terjual. Lantas membuatkan kumpulan yang menentang kewujudan Crocs untuk mempersoalkan keputusan individu-individu ini.

Namun, sebuah jenama fesyen yang terkenal yang tidak segan untuk mengambil sesuatu yang penuh kontroversi and make it fashion membuatkan orang ramai mula keliru dengan pendirian mereka sendiri. Balenciaga sebelum ini pernah mengambil rekaan Crocs dan memanipulasikannya dengan DNA Balenciaga dengan Crocs platform yang membuat kemunculan kontroversi mereka sewaktu persembahan koleksi musim bunga 2018 mereka di Minggu Fesyen Paris.
Enggan melepaskan peluang keemasan dengan kasut tular ini, Demna Gvasalia kali ini tampil dengan rekaan yang kasut getah tersebut dengan tambahan stilleto yang dikongsikan oleh mereka di Instagram menampilkan sepasang sepatu stiletto Crocs dengan sentuhan Balenciaga yang digayakan oleh seorang model memberikan gaya high fashion yang lazim dengan jenama tersebut. Kemudian mereka berkongsikan pula foto menampilkan model menggayakan stiletto tersebut dengan gaya yang quirky.
Seperti Croc platform yang dikeluarkan sebelum ini, Crocs stiletto ini juga ditampilkan sekali dengan rekaan-rekaan charms yang menawan dari rekaan seekor kucing hingga ke Menara Eiffel.
Harga bagi sepasang Croc heels asli adalah $50 sahaja manakala harga untuk sepatu Balenciaga ini masih belum lagi diumumkan tetapi jika dilihat pada harga Croc platforms sebelum ini, harga yang diletakkan adalah $495 untuk platform yang paling basic dan jika anda inginkan tambahan charms, harganya bernilai $850.
Jika Croc platforms mendapat sambutan hangat warga dunia fesyen sebelum ia dilancarkan lagi dan sepatu asli Crocs itu juga sudah banyak terjual, are you ready for Balenciaga’s new babies?
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
