Stail Raya Bersama Ceraian Cool Calvin Klein
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Mar 21, 2025
Tatkala Lebaran tiba, pastinya gerobok mahu ditambah dengan helaian baharu dan semuanya ada di Calvin Klein!
Selepas berhari raya dengan busana tradisional. Puas sudah bergambar dengan sanak-saudara berbaju kebarung, kebaya atau kurung. Ada masanya kita juga mahu tampil moden pula beraya dengan ceraian yang kasual. Makanya, himpunan musim bunga yang terkini di butik Calvin Klein bisa memenuhi gerobok lebaran anda. Daripada baju-T yang cukup selesa, digandingkan pula bersama pilihan denim nan cool juga seleksi ceraian kait yang ringan sesuai digayakan dalam cuaca Malaysia ketika berkunjungan ke rumah sahabat handai. Bermula dengan pilihan baju-T yang cukup selesa. Kali ini, Calvin Klein tampil lebih menarik juga segar dengan memberikan seleksi logo-logo yang berbeza-beza. Ia nyata mencerminkan gaya generasi sekarang yang tidak mahu tampil sama dengan yang lain. Ada logo Monogram, Flocked Logo dan Spacing Logo ilham di Calvin Klein. Pilihan rona lembut seperti ungu, biru dan hijau juga amat kena dengan sambutan Lebaran. Ia memberi watak lebih ayu kepada wanita-wanita yang memilih baju-T di himpunan terkini Calvin Klein. Apalah gaya klasik Calvin Klein jika tidak berbicara tentang kehebatan seleksi denim mereka. Pilihan daripada 90s straight jeans, wide leg mahupun flare mempunyai potongan yang cukup selesa. Tampilkan penampilan yang berani dan menonjol dengan helaian eksklusif ini yang menggabungkan keanggunan klasik dengan reka bentuk terkini. Pilihan sempurna bagi mereka yang menghargai kualiti premium dan fesyen tersendiri sepanjang musim perayaan! Gandingkan celana ini bersama baju kemeja saiz besar bagi mengekalkan gaya sopan tatkala berhari raya. Atau paduan bersama jaket-jaket yang mampu menaikkan lagi seri penampilan seperti kardigan kait hijau daripada jenama ini.Ceduk Gaya Bintang GLAM dalam persalinan Calvin Klein

Nia Atasha

Tisya Ong

Iman Opie
See Also

Ayra Messi
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026









